(SEMASA) WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR (WTCKL)  SANTUNI ANAK-ANAK YATIM & ASNAF DALAM ‘NOSTALGIA SENJA’ MAJLIS IFTAR WARGA KERJA WTCKL BERSAMA RUMAH ANAK YATIM & ASNAF RAUDHATUL AL-FAEEZ

Spread the love

KUALA LUMPUR, 27 MAC 2023: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) meraikan hari pertama ‘Nostalga Senja’ dengan menganjurkan Majlis Iftar Warga Kerja WTCKL Bersama Rumah Anak Yatim & Asnaf Raudhatul Al-Faeez. Bagi menyantuni golongan yang kurang bernasib baik, WTCKL menjemput seramai 35 orang anak-anak yatim dan asnaf berumur 7 hingga 21 tahun termasuk guru pengiring diraikan dalam majlis tersebut.

Bagi meraikan anak-anak yatim dan asnaf ini dan memupuk semangat berkongsi dan memberi sepanjang Bulan Ramadan yang mulia ini, pihak WTCKL turut menyampaikan sumbangan kepada tetamu istimewa ini. Ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat oleh WTCKL yang diadakan untuk menyumbang dan mengeratkan hubungan WTCKL dengan masyarakat.

Hadir bersama dalam majlis ini, Dato’ Seri Dr Haji Irmohizam Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Pihak Pengurusan, Ketua-ketua Jabatan WTCKL serta warga kerja WTCKL. Kakitangan WTCKL turut sama mengiringi dan menyantuni anak-anak ini dengan berbuka puasa bersama-sama mereka. Hadirin disajikan dengan pelbagai variasi juadah istimewa ‘Nostalgia Senja’ yang telah disediakan oleh RiverSide Cafe & Restaurant.

Dato’ Seri Dr Hj Irmohizam dalam ucapannya berkata, “World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) menyambut baik inisiatif penganjuran majlis ini kerana sebagai umat Islam, amatlah digalakkan untuk kita bersedekah dan seboleh-bolehnya menambah amal dan ilmu pada bulan yang mulia ini.”

Tambahnya lagi, “WTCKL komited menyokong anak-anak kecil ini dan melakar pengalaman indah bagi mereka dan guru-guru mereka. WTCKL berharap dengan sokongan semua pihak dapat membantu mereka dalam aspek pembelajaran supaya menjadi insan yang dapat bergelar pemimpin pada masa hadapan.”

‘Nostalgia Senja’ merupakan sajian Bufet Ramadan dibawakan oleh Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang disediakan oleh RiverSide Cafe & Restaurant, menampilkan lebih 300 hidangan segar yang disajikan setiap hari. Orang ramai boleh menikmatinya sepanjang bulan Ramadan ini bermula 27 Mac sehingga 20 April 2023. Tempahan boleh dibuat dipautan https://riverside.wtckl.com/

Menu yang ditawarkan merangkumi lima menu berkala, masing-masing dengan keistimewaan tersendiri seperti Bubur Lambuk, Nasi Dagang wangi, Kambing Panggang yang lazat, Kambing Masak Pasemah rempah Malaysia, dan Sup Berempah yang enak, dengan pilihan Kambing, Daging, Perut, Ayam, atau Ekor. Anda juga boleh mencuba hidangan istimewa Kampung kami iaitu Ikan Patin Tempoyak dan Siput Sedut Masak Lemak yang eksotik! Dan jangan lupa untuk menikmati Nasi Kandar Saddam kami yang terkenal, Nasi Ayam Istimewa Senja, Mee Goreng Mamak yang memenangi anugerah, atau pilihan menu eksklusif berasaskan sayuran.

Pihak pengurusan WTCKL mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua umat Islam. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati sajian istimewa ‘Nostalgia Senja’ oleh Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *