KUALA LUMPUR – 13 JUN 2013: Pelengkap pasaran sepatu ‘bespoke’ mewah tempatan, XALF meraikan pelancaran koleksi Metamorphosis dengan usahasama Lotus Malaysia, di mana jenama itu mempamerkan himpunan terbarunya di galeri pameran pengeluar kenderaan sukan bermotor yang kaya dengan sejarah itu. Ia adalah rentetan perasmian julung-julung kali XALF di bilik pameran Bentley, Pavilion KL baru-baru ini.
Majlis pada tengahari itu bermula apabila jelitawan Vanessa Chong melangkah keluar dari Lotus Evora Chrome terbaru. Pengacara majlis itu mengatur langkah anggun ke pentas dan membawa para hadirin mengimbau kejayaan dan pencapaian XALF sehingga kini – termasuk kemunculan kulit berpaten kuning rekaan XALF yang digayakan peragawati antarabangsa dan pelakon terkenal Jepun, Ai Tominaga.
Tetamu jemputan dan pihak media turut diberi kesempatan meneliti koleksi Metamorphosis pada jarak dekat menerusi peti-peti pameran berhias indah yang menyerlahkan bayangan himpunan terbaru daripada XALF. “Tujuan kita berkumpul pada hari ini adalah untuk meraikan kejayaan dua anak muda tempatan ini yang berjaya menghasilkan koleksi rekaan-rekaan hebat,” umum Vanessa. “Perkongsian mereka merupakan bukti bahawa kreativiti sedang berkembang di negara kita dan Lotus Malaysia adalah antara platform terbaik untuk mempromosikan bakat seumpama ini.”
Koleksi model kenderaan berkuasa Lotus kemudiannya mengiringi Datuk Yasmin Yusuff, Chris Tong Bing Yu, Dato’ Ruby Khong, ratu cantik Thanuja Ananthan, bersama Datin Paduka Umie Aida, yang menyertai Xavier Mah and Alfred Hor sebagai penganjur majlis koktel tersebut. Pada masa sama, kesemua VIP dan selebriti berkenaan memperagakan koleksi tempah khas XALF antaranya jenis ‘peep-toe’, tumit tinggi, ‘pumps’ dan platform tinggi. Mereka juga sempat berkongsi pandangan mengenai kewanitaan, fesyen dan tentunya, sepatu Metamorphosis milik masing-masing yang direka khas pada sesi bual bicara intim.
Menurut Xavier, koleksi kedua daripada XALF itu merupakan interpretasi kepada kisah seorang gadis yang mencuba nasib di bandar kosmopolitan. “Gadis itu ingin menjadi seperti wanita yang menghiasi pentas fesyen Vogue. Namun, setelah lama berusaha, gadis itu berjaya menempuh cabaran. Dia akhirnya menjadi ‘rama-rama’ yang keluar dari ‘kepompong’nya.
“Si gadis sedar dia perlukan koleksi fesyen asas seperti gaun cantik dan beberapa pasang sepatu hebat untuk menjadi ‘wanita’.”
“Kami membuat keputusan bahawa tema itu lebih sesuai dipersembahkan sebagai metafora,” jelas Alfred. “Dan ia menjadi inspirasi di sebalik Metamorphosis – keindahan rama-rama itu seumpama garisan dan rona-rona pada koleksi ini. Elemen digunakan adalah individualistik, namun ia jelas mewakili salah satu hidupan alam yang terindah. Saya pasti rakan-rakan selebriti akan gembira dengan apa yang mereka lihat menerusi cermin.”
Pasangan itu juga meluangkan masa menghasilkan rekaan sepasang tumit tinggi tajam setinggi tiga setengah inci dari XALF untuk Lotus menggunakan kulit berpaten, jalur ‘piping’ emas dan pelapik hitam lembut yang diberi gelaran “Mazarine”. Rekaan itu menggambarkan keselesaan unggul tatkala memandu Lotus tanpa bumbung di kawasan bukit-bukau dan tasik besar yang tenang, dengan hanya ditemani hembusan bayu dan rentak getaran enjinnya.
“Marilyn Monroe pernah berkata, ‘Beri si gadis sepatu yang betul dan dia boleh menawan dunia.’,” kata Xavier. “‘Mazarine’ direka khas untuk menonjolkan garisan sebuah Lotus dan tumit berwarna merah menyuntik unsur seksi serta elegan. Ia simbolik kepada wanita moden yang mampu meneraju dan menyalurkan inovasi pada masa sama berevolusi cara pemakaian dan personaliti masing-masing.”
Sesi fotografi berkumpulan terdiri daripada dua pengasas XALF, ikon selebriti dan wakil penaja seterusnya memberi laluan kepada kemuncak acara iaitu pertunjukan fesyen XALF Avant Garde Fashion Show.
Hadirin terpegun apabila para model, dandanan rambut dan solekan oleh Backstage Academy serta berbusana rekaan Azlan Adrian Arif, menggayakan koleksi Metamorphosis bukan sebagai sepatu, tetapi dalam bentuk aksesori kepala yang mengagumkan. Menampilkan fasa-fasa kewanitaan dengan tema penuh berkarisma, koleksi mewah itu menawarkan rekaan anggun bertatah mutiara yang kontras dengan sepatu semarak berbulu dan rekaan unik sekukuh paku yang berantai besi, sekali gus memeriahkan lagi finale majlis penuh gilang-gemilang itu.
Para jemputan yang hadir berpeluang merakam foto kenangan sambil menyelami proses pembuatan sepatu menerusi sesi soal jawab bersama Xavier dan Alfred. Di akhir majlis, hadirin membawa pulang buah tangan sumbangan O’slee dan Red Army Watches
Penerbangan Pertama
‘Metamorphosis‘ kini lengkap hasil kepakaran dan rona ceria XALF.
Sekiranya ada peringkat kehidupan yang memberi kejelasan diri terhadap kewanitaan, ia pastinya merupakan detik selepas seseorang individu menyedari bahawa kejelitaan sederhana sering menjelma apabila ia tidak lagi ragu-ragu mengenai penampilannya – lantas bermulalah transformasi natural.
Ada sesuatu mengenai kematangan diri yang menguasai zahir dan batin wanita. Dalam bidang pembuatan sepatu sofistikated, XALF berhasrat menyelami keaslian dan ‘ jiwa’ seperti sebuah kepompong yang melahirkan keindahan rama-rama ke dunia. Justeru, bermulalah penerbangan pertama dengan lancar dan menempuhi cabaran dengan penuh elegan serta sensual. Ia merupakan pengiktirafan bahawa “Dunia adalah sebuah pentas” – lantas hadapi hidup dengan penuh semangat.
Sebagai penghormatan kepada keberanian menempuh kesulitan, keberanian dan keindahan semula jadi wanita, XALF memberi penghormatan kepada proses metamorfosis kewanitaan glamor menerusi koleksi yang cukup beremosi terhadap transformasi itu. Bermula sebagai pemerhati tajam kepada keindahan barangan mewah, keinginan terhadap rekaan ‘bespoke’ – walaupun pada kaki – amat perlu untuk menjadi subjek tumpuan pada majlis makan malam.
Sebagai karya seni yang boleh digayakan, ia merupakan aksesori ikonik yang bukan sahaja simbol anggun kemewahan, malah sebuah ukiran seni dengan kisah penuh berinspirasi di sebaliknya. Ia juga permulaan kepada keinginan terpendam untuk kelihatan seperti diri sendiri yang penuh gaya kosmopolitan – kembangkan sayap dan nikmati tawaran mewah terbaik ditawarkan oleh golongan elit sosial seperti yang diimpikan selama ini.
Selangkah Ke Hadapan
Ketelitian proses ‘bespoke’ XALF
Sebagaimana kebanyakan perubahan trend, teknik penghasilan sepatu ‘bespoke’ menjadi popular disebabkan ciri-cirinya yang menonjol. Keinginan untuk tampil berbeza daripada apa yang ditawarkan pasaran masa kini membuatkan pilihan bijaksana adalah untuk menggunakan bahan-bahan mentah terbaik walaupun sebelum proses rekaan bermula.
Rekaan
Asas penting dalam rekaan sepatu ialah, pada dasarnya, mengaplikasikan kepakaran teknikal dengan suntikan kreativiti. Pelanggan atau klien kemudiannya melalui proses konsultasi untuk mengumpulkan idea bagi menghasilkan sepatu impian mereka. Meskipun kedengaran aneh namun tujuan asal sebuah lakaran ialah untuk menyaring imaginasi pereka kepada bentuk paling mudah. Lama-kelamaan, fokus diberikan terhadap keaslian dan keindahan pembuatannya – terutama dalam menterjemahkan rekaan berkonsep tinggi.
Pembutan Corak & Lakaran
Dalam penjelasan paten atau corak, templat corak dikosongkan untuk memperoleh kepingan-kepingan individu yang diperlukan bagi keseluruhan kerangka projek. Bagi tujuan itu, seksyen pada bahagian atas dilakar pada bahan – sama ada kulit, kulit lembut (suede), kulit berpaten atau kulit lembu. Begitu juga komponen lain seperti tapak tengah, luar dan dalam didapati dalam bentuk seperti kepingan ‘jigsaw’ dipersiapkan untuk pemasangan.
Padanan
Sebaik sahaja bahan-bahan dipilih, proses padanan dilakukan untuk memastikan kesesuaian setiap bahan. Terdapat perbezaan antara kehendak klien menggunakan bahan-bahan mentah tersebut dan asimilasi antara kesemuanya – sesetengah orang terkeliru antara kedua-dua proses ini pada mulanya, memandangkan tujuan hakiki adalah untuk memperlihatkan sepatu itu dengan penuh gemilang. Justeru, konsultasi penuh dengan klien adalah penting untuk memperjelaskan maksud ini.
Potongan
Antara aspek paling mencabar dalam rekaan sepatu adalah mengekalkan ketepatan dasar ketika memotong bahan mentah. Untuk memastikan kualiti setara, potongan corak halus mampu memelihara integriti bahan berkenaan, begitu juga dengan setiap hirisan sewaktu proses pertembungan bahan-bahan. Sepasang sepatu hanya berjaya jika integrasi setiap komponen sesuai antara satu sama lain – atau sekurang-kurangnya apabila tahap keselesaan diambil kira sebagai faktor penting.
Jahitan
Bahagian atas kasut memberikan gaya keseluruhan kepada aksesori tersebut. Ia memberi definisi kepada interaksi nilai-nilai estetika pada sepatu berkenaan. Sekiranya bahagian atas terlalu ‘meriah’, sepatu berkenaan akan menarik perhatian berbanding pemakainya – dan dalam banyak kes menjadi keterlaluan. Jika ia terlalu lembut pula, personaliti pemakai tidak dapat diserlahkan. Justeru peringkat inilah yang menentukan ketelitian dan kemahiran dalam menggabungkan bahagian atas dengan hanya jarum dan benang serta mesin, jika perlu. Boleh disifatkan ia adalah kemuncak di mana kepakaran artisan terserlah.
Padanan Stok
Sekeping tapak, bergantung kepada kaedah ia dihasilkan, boleh menjadi sama ada mudah rosak atau sebaliknya; semua bergantung kepada cara bahan-bahan berlapis antara satu sama lain untuk menekankan keselesaan dan memudahkan pemakai menyarungnya. Komposit tapak (daripada tapak luar, tengah dan bahagian dalam berlapik) ternyata merupakan produk tukang mahir yang mempunyai pengetahuan bagaimana warga kosmopolitan bergerak dengan sepatu mereka.
‘Lasting’
Untuk menyambungkan bahagian atas dengan tapak, ‘last’ atau kaki palsu dibentuk tepat mengikut konfigurasi kaki pemakai. Dengan ‘last’, bahagian atas dan tapak digabungkan mengikut parameter jelas, ia mampu menampilkan bentuk yang diingini – sesuatu yang sukar diperoleh menggunakan mesin.
Tumit
Walaupun tanpa rekaan keterlaluan, bahagian tumit adalah titik di mana puncak kewanitaan pemakai benar-benar diserlahkan. Kombinasi fizik dan ergonomik lazimnya mencerminkan asal usul penambahbaikan postur wanita yang menyerlahkan gaya anggun si pemakainya.
Kemasan akhir
Bahagian tepi sepatu kemudiannya dikemas rapi, diperhalusi dan digilap untuk menghasilkan sentuhan akhir yang sempurna terhadap produk. Bahan lebihan dibuang dan sepatu berkenaan kemudiannya ditambah aksesori bagi merealiasikan visi klien. Meskipun kelihatan seperti sekadar dekoratif dan jauh daripada intisari pembuatan sepatu, namun ia jauh lebih dari sekadar itu.