Kuala Lumpur, 30 Mac 2016: ZALORA, destinasi fesyen atas talian di Asia mempersembahkan “RAYALUTION: Festival Fesyen Raya ZALORA 2016” untuk tahun kedua berturut-turut. Tahun ini, acara tersebut mempamerkan tiga slot pertunjukan fesyen untuk sepanjang hari, menunjukkan dan meraikan koleksi usaha sama dengan beberapa pereka fesyen Malaysia yang paling popular dan yang sedang meningkat naik sempena sambutan Hari Raya yang akan datang.
“RAYALUTION,” setakat ini, festival fesyen raya ZALORA menawarkan lebih banyak koleksi yang menarik untuk para pelanggan dengan membawakan 13 jenama tempatan dan rekaan pereka-pereka muda termasuk Sugarscarf, Bella Ammara, Fazbulous by Fazura, Kree, Tengku Syahmi , Hatta Dolmat dan Woo / Fiziwoo.
“Semua pereka telah bekerja keras dalam persedian untuk merealisasikan Festival Fesyen Raya ZALORA 2016 dan berharap acara ini akan berjalan dengan lancar,” kata Giulio Xiloyannis, Pengarah Urusan ZALORA. “Ia sememangnya mencabar, tetapi memberikan ganjaran kepada ZALORA dan para pereka kerana kami sentiasa berusaha untuk mencipta sesuatu yang baru untuk para pelanggan kami pada setiap tahun dan memastikan mereka
gembira.”
Acara yang dinanti-nantikan ini diadakan di Le Meridien Kuala Lumpur dan dihadiri oleh ramai selebriti, media dan nama-nama besar industri fesyen dimana mereka menunjukkan minat dan sokongan terhadap koleksi pakaian yang dipamerkan.
Dari koleksi rekaan Tengku Syahmi dengan menggunakan palet warna-warna menarik untuk koleksi pakaian tradisional “Melayu Klasik” beliau, Hatta Dolmat pula membawakan koleksi pakaian yang diilhamkan daripada corak bunga poppy, acara yang diserlahkan dengan pelbagai gaya dengan rekaan yang berbeza untuk disesuaikan dengan wanita Malaysia. Tahun ini juga merupakan tahun kedua bagi pereka-pereka seperti Fazura dan Woo/Fiziwoo untuk mempamerkan koleksi masing-masing.
Setiap tahun, ZALORA menyediakan ruang bagi pereka tempatan untuk mempamerkan hasil kerja mereka dalam acara besar-besaran. Bagi kebanyakan pereka, ini adalah masa yang menarik dalam kerjaya mereka\ kerana kerjasama dengan ZALORA akan membuka pintu kepada peluang-peluang lain dalam industri fesyen.
“Pereka kami datang dari latar belakang yang berbeza, tetapi mereka datang bersama-sama untuk pertunjukkan ini dengan menghasilkan koleksi yang tersendiri serta mencerminkan keperibadian mereka,” kata Giulio. “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan mereka bagi acara tahunan ini kerana ini merupakan matlamat kami untuk menyediakan platform untuk mempamerkan karya-karya pereka Malaysia yang berbakat sempena Hari Raya tahun ini, yang akan tiba beberapa bulan lagi. Pada masa yang sama, pelanggan kami boleh memiliki beberapa koleksi raya terbaik Malaysia terus dari ZALORA dimana kami menawarkan akses kepada fesyen tempatan yang terbaik dari rumah mereka sendiri.”
Koleksi raya ini telah dipamerkan buat kali pertama di RAYALUTION: Festival Fesyen Raya ZALORA 2016 dan kesemua koleksi boleh didapati di atas talian secara eksklusif di zalora.com.my/zalora-raya-fashion-festival bermula April dan seterusnya. Tahun ini, para pelanggan juga boleh menikmati pelan bayaran ansuran dengan kadar bunga 0% secara eksklusif dengan Kad Kredit Maybank apabila mereka membeli-belah di ZALORA.com.my.
Berikut adalah senarai penuh pereka yang mempamerkan koleksi mereka di RAYALUTION: Festival Fesyen Raya ZALORA 2016:
1. Bella Ammara for ZALORA
2. Sugarscarf for ZALORA
3. Poplook Premium for ZALORA
4. ARDA PUTRA
5. Lubna
6. Fazbulous Raya by Fazura
7. Sawda by Madeena
8. KREE
9. Minaz
10. Tsyahmi
11. Xemasu
12. Hatta for ZALORA
13. Woo/Fiziwoo for ZALORA