Spread the love
Selain pelancaran barangan berkenaan, majlis menandatangani perjanjian penajaan turut diadakan selepas ia ditunda pada Ogos lalu ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dijalankan seluruh negara.
Pelancaran itu dihadiri oleh wakil-wakil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Timbalan Presiden FAM, Dato S. Sivasundaram, Exco FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penajaan dan Pemasaran FAM, Dato’ Sri Shahril Mokhtar, Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar serta Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, Vach Pillutla.
Koleksi terbaharu Harimau Malaya x AlIkhsan edisi kedua itu akan mula dijual secara fizikal di semua cawangan Al-Ikhsan Sports dan Football Republic bermula 7 Disember ini pada harga RM59 untuk kanak-kanak dan RM79 untuk dewasa selain boleh didapati secara dalam talian menerusi https://www.al-ikhsan.com dan kedai rasmi Shopee Al-Ikhsan Sports.
Spread the love