KUALA LUMPUR, 2 Mei 2024 – Peminat bola sepak tanahair pasti sudah tidak sabar menantikan kehangatan Liga Malaysia musim baru 2024/25! Astro selaku penyiar rasmi Liga Malaysia bagi musim kedua tahun ini akan membawakan sebanyak 219 perlawanan dalam Definisi Tinggi (HD) bermula dengan perlawanan Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah) diantara JDT dan Selangor FC bermula 10 Mei ini.
Berita baik buat pelanggan Astro juga dimana semua pelanggan Astro dapat menikmati akses tanpa caj tambahan untuk semua perlawanan siaran langsung Liga Malaysia untuk musim baru yang merangkumi perlawanan Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah), Liga Super, Piala FA dan juga Piala Malaysia dalam definisi tinggi (HD) di Arena Bola (Saluran 803 & 804) dan Astro Arena (Saluran 801 & 802) atau dengan melayari Astro GO.
Menurut Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, “Keghairahan peminat terhadap Liga Malaysia pada musim lalu memberi inspirasi kepada kami untuk menawarkan tawaran eksklusif ini kepada peminat dan kami yakin usaha ini mampu memacukan lagi pembangunan bola sepak tempatan dengan memberi keseronokkan kepada peminat merasai pengalaman tontonan mengujakan ini dari atas pandang, langsung ke rumah atau melalui peranti pilihan peminat.
“Rentetan kejayaan pada musim lalu, kami akan terus meningkatkan lagi kandungan terbaik program dengan membawakan analisis mendalam dari tetamu pakar bola sepak, sidang media pra-rancangan, siaran langsung untuk sesi latihan pasukan, temubual eksklusif pemain serta akses di sebalik tabir perlawanan. Bukan itu saja, pelbagai tawaran istimewa kepada pelanggan bertuah Astro dimana mereka boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan dengan lebih dekat serta bertemu pemain-pemain kegemaran mereka,” katanya.
Sementara itu, Presiden Malaysian Football League, Dato’ Ab Ghani Hassan berkata, “Saya percaya kerjasama dengan Astro untuk tahun kedua ini pasti lebih menarik dengan beberapa penambahbaikan yang dilakukan oleh Astro dari segi produksi penyiaran, program-program TV berkaitan bola sepak serta pakej-pakej yang ditawarkan kepada penonton-penonton bola sepak tempatan.
“Saya berterima kasih kepada Astro atas usaha dan komitmen mereka untuk membangunkan industri bola sepak menerusi siaran langsung perlawanan Liga Malaysia secara komprehensif apatah lagi dengan siaran langsung menerusi paparan definisi tinggi (HD) dalam semua perlawanan serta definisi tinggi ultra (UHD) dalam perlawanan terpilih bagi menambah kepuasan penonton,” katanya.
Kandungan Program Terbaik Dan Kualiti Produksi Bertaraf Dunia
Astro sentiasa komited dalam memartabatkan lagi kandungan program terbaik dan membawakan siaran langsung kualiti penyiaran yang lebih bermutu buat peminat Liga Malaysia musim ini. Ini antara tawaran yang akan disajikan kepada peminat pada musim ini;
- Kualiti Penyiaran Terbaik: Astro Arena akan membawakan anda 10 perlawanan pilihan dalam Definisi Ultra-Tinggi (UHD) dan kualiti audio dalam Dolby Atmos di lokasi yang berbeza termasuklah perlawanan akhir untuk Piala FA dan juga Piala Malaysia. Penonton akan dapat merasai kehangatan perlawanan yang sebenar menerusi kualiti yang mengujakan ini termasuk liputan dari tepi padang.
- Analisis komprehensif: Astro Arena akan meningkatkan lagi kandungan eksklusifnya menerusi platform digital serta sorotan perlawanan, sidang media pra-perlawanan, sesi latihan pemain, akses temubual pemain mahupun berita terkini perkembangan pasukan dan juga pemain. Antara lain dengan menjemput tetamu-tetamu pakar yang berpengalaman besar dalam dunia bola sepak bagi menambah variasi persembahan di studio seperti bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha, Safee Sali, Norsharul Idlan Talaha dan Dato’ Zainal Abidin Hassan.
Di Sebalik Skrin: Aktiviti Istimewa Untuk Peminat
Kerancakkan Liga Malaysia bukan sekadar hanya di kaca telivisyen atau di paparan skrin telefon, malah peminat kini boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik sepanjang musim ini antaranya berpeluang beramah mesra dengan pemain atau pasukan kegemaran.
Bukan itu saja, bermula seawal musim, peminat berpeluang untuk menyertai Ultimate Super Liga Fantasy dan Sooka Score Predictor yang julung kali akan diadakan pada musim ini. Peminat boleh menikmati pengalaman hebat ini dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM45,000. Selain itu, 3,000 tiket turut akan diberikan kepada peminat bertuah untuk sepanjang musim ini.
Saksikan aksi Liga Malaysia 2024/25 di sooka dan NJOI
sooka: Liga Malaysia sebahagian daripada pelan Sports + Entertainment pada harga RM29.60*/sebulan. Untuk pelanggan yang ingin menyaksikan aksi Liga Malaysia di kaca televisyen, mereka boleh memilih pelan Premium pada harga RM47.10*/sebulan. Untuk maklumat lanjut sila layari sooka.my
NJOI: Liga Malaysia adalah sebahagian daripada Pek Family NJOI yang mengandungi 50 saluran termasuk Arena Bola dengan tawaran harga serendah RM28* untuk 30 hari. Bagi pelanggan yang inginkan akses lebih variasi aksi sukan termasuk Liga Malaysia, mereka boleh memilih Pek Sports Mega pada harga RM15*/ sehari atau RM47* untuk 30 hari. Muat turun My NJOI untuk pembelian di Google Play Store | Apple App Store | Huawei App Gallery.
Semua pelan langganan sooka dan NJOI adalah bebas kontrak dan tanpa komitmen.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan jaringan gol terhebat! Arena Bola (Saluran 803 dan
Saluran 804) boleh ditonton oleh pelanggan Astro mulai 3 Mei 2024. Untuk pelanggan baru Astro, saksikan semua aksi Liga Malaysia dengan Astro Baharu bermula dari harga RM41.99/bulanan dengan potongan sebanyak 30%**. Inilah masanya untuk anda memberi sokongan kepada pasukan kegemaran anda dan menjadi sebahagian daripada komuniti peminat Liga Malaysia yang semakin berkembang.
Untuk maklumat lanjut, sila layari astro.com.my.