(SUKAN) Faisal Halim dan Ferhad Sports Lancar Jenama FH7

Spread the love

SUBANG JAYA : 1 Mei 2024 – Pemain lincah Harimau Malaya, Faisal Halim atau lebih dikenali sebagai ‘Mickey’ pada hari ini melancarkan jenama koleksi peribadi beliau FH7 Official di Pasaraya Aeon BiG, Subang Jaya. Koleksi barangan FH7 ini akan diterbitkan oleh Ferhad Sports, sebuah syarikat pengedar koleksi barangan rasmi kelab-kelab bolasepak Liga Malaysia.

Encik Redza Habib, Pengarah Urusan, Ferhad Sports berkata “Setelah beberapa tahun menjadi pengedar barangan rasmi kelab-kelab bolasepak di Malaysia semenjak 2016 ini merupakan kali pertama Ferhad Sports bekerjasama dengan pemain bolasepak tempatan untuk membantu memasarkan koleksi jenama peribadi beliau kepada peminat ‘Mickey’. Kami amat yakin dengan populariti beliau dan keupayaan kami menerbitkan koleksi barangan berkualifi, peminat ‘Mickey akan memberi sokongan yang baik.

Encik Sheikh Farouk, Pengarah Urusan, Aeon BIG menambah “Kami amat berterima kasih kepada Ferhad Sports dan juga Faisal Halim kerana telah memilih Aeon BiG sebagai salah satu saluran jualan utama untuk koleksi barangan beliau. Ini seiring dengan usaha Aeon BiG menjadi rakan rasmi kepada beberapa kelab bolasepak sebelum ini dan sebagai rakan rasmi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Kami berharap Aeon BiG dapat memainkan peranan kami untuk membantu memasarkan produk ‘Mickey’ melalui 22 cawangan Aeon BiG di seluruh negara bermula dengan cawangan Subang Jaya.”

Faisal Halim, yang juga pemain kelab Selangor FC, pula berasa amat teruja dengan kerjasama sama ini, “Saya bersyukur dengan sokongan yang diterima oleh peminat bola sepak sehingga ini dan saya berharap untuk berusaha meningkatkan lagi prestasi saya di dalam padang sementara mengintai peluang-peluang pengkomersilan sebagai seorang pemain bolasepak professional. Keyakinan Ferhad Sports mengeluarkan produk-produk berjenama FH7 saya dan kesediaan Aeon BiG untuk menjadi salah saluran jualan akan terus membakar semangat saya untuk berusaha dengan lebih gigih.”

Sebagai permulaan, hanya 10 koleksi barangan FH7 akan dikeluar dan dipasarkan tetapi lebih banyak lagi pilihan barangan akan diterbitkan setelah mendapat maklumbalas dari pengedar dan peminat.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *