(SUKAN) Forum Kecekalan Tangga Kejayaan MILO® Mengangkat ‘Kecekalan’ sebagai Pemacu Kejayaan Masa Hadapan Generasi Muda, Terbaik Dipupuk melalui Sukan

Spread the love

Sebagai peneraju kejayaan masa hadapan generasi muda, MILO® Malaysia berpandukan pegangannya bahawa sukan adalah guru terbaik untuk memupuk pengajaran kehidupan serta nilai murni yang penting, hari ini, telah mengadakan perbincangan panel pakar pelbagai sektor termasuk Kerajaan, pendidikan, korporat dan syarikat permulaan (startup) tentang nilai-nilai kritikal dalam membina “kecekalan” dalam kalangan kanak-kanak serta generasi muda menerusi webinar Forum Kecekalan Tangga Kejayaan (The Grit Advantage) MILO®️.

Kecekalan – iaitu tekad dan kesungguhan untuk mencapai matlamat jangka panjang serta bermakna[1] – dikenal pasti oleh 80% pendidik dan majikan di Malaysia sebagai sifat kritikal yang mendorong kecemerlangan kanak-kanak pada masa hadapan, menurut Laporan Kecekalan Tangga Kejayaan MILO®[2] yang diterbitkan baru-baru ini. Sifat ini merangkumi lapan nilai murni yang penting, baik untuk perkembangan awal kanak-kanak mahupun mempersiapsiagakan mereka ke arah kejayaan masa hadapan – iaitu keberanian, keazaman, ketahanan, kegigihan, tekad, ketekunan, ketabahan dan kecemerlangan.

Namun begitu, generasi muda kini kekurangan sifat cekal yang dapat dilihat melalui sikap mudah berputus asa apabila berhadapan dengan cabaran atau kegagalan, atau kerap bertukar minat tanpa membina kemahiran yang sebenar. Selain itu, perjalanan karier yang tidak konsisten atau sering bertukar-tukar pekerjaan dalam kalangan golongan profesional muda turut mencerminkan masalah ini, menurut pandangan 79% majikan dalam Laporan Kecekalan Tangga Kejayaan MILO®.[3]

Justeru, forum ini menyediakan satu platform bagi pakar-pakar industri memberikan kupasan lanjut tentang penemuan Laporan Kecekalan Tangga Kejayaan MILO®, selain berkongsi perspektif tentang kepentingan kecekalan serta cara-cara untuk memupuk sifat ini dalam kalangan kanak-kanak dan golongan muda hari ini.

Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan – MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, Laporan Kecekalan Tangga Kejayaan MILO® yang menjadi asas perbincangan forum ini telah mencapai objektifnya untuk mencetuskan perbincangan dan meningkatkan kesedaran tentang kecekalan. “Kami memahami cabaran yang dihadapi ibu bapa hari ini, serta perkara-perkara yang diambil berat oleh mereka demi mempersiapsiagakan anak-anak untuk masa hadapan. Sebagai rakan kerjasama kepada ibu bapa, kami menerajui usaha untuk melengkapkan mereka dengan perspektif pakar dalam membesarkan anak-anak mereka dengan nilai-nilai kecekalan untuk abad ke-21 ini. Nilai-nilai yang dipelajari oleh anak-anak sejak usia muda akan dibawa ke alam dewasa kelak. Jadi, peranan ibu bapa adalah amat penting dalam menyuntik sifat kecekalan dalam diri anak-anak bermula sekarang demi mempersiapsiagakan mereka ke arah kecemerlangan masa hadapan.”

Forum ini menampilkan Datuk Dr Habibah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai tetamu khas, di samping panel pakar yang terdiri daripada Timothy Johnson, Naib Presiden Kanan Pemasaran, Produk & Perkongsian, Kolej Universiti Antarabangsa INTI; Shahzad Umar, Pengarah Eksekutif – Sumber Manusia, Nestlé (Malaysia) Berhad; Ben Ho, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, Talentbank; dan Nina Othman, Pengasas, Grow the Goose dan Borneo Cocoa.

Datuk Dr Habibah menegaskan kepentingan keseimbangan akademik dan aktiviti kokurikulum demi mencapai kejayaan masa hadapan, selari dengan pendapat setiap 3 daripada 4 orang pendidik dalam Laporan Kecekalan Tangga Kejayaan MILO®. Beliau mengulas, “Pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam kelas. Justeru, kami di Kementerian Pendidikan Malaysia menyedari bahawa kecemerlangan akademik bukanlah satu-satunya kayu ukur kejayaan.”

Beliau turut mengangkat sukan sebagai contoh terbaik yang dapat memupuk kecekalan di luar kelas. “Ibu bapa seharusnya menggalakkan anak-anak mereka bersukan pada usia yang muda, bukan hanya kerana ia mendatangkan manfaat dari segi fizikal malah dapat memupuk nilai-nilai kecekalan,” tambah beliau.

Barisan panel juga bersependapat bahawa sukan adalah pendidik terbaik untuk memupuk kecekalan. Nilai-nilai positif yang dipupuk menerusi sukan seperti azam, kesungguhan, usaha daya dan disiplin adalah asas utama kecekalan yang turut tertanam dalam minda, semangat dan sikap juara takkan gentar. Pencapaian yang diperoleh menerusi sukan tidak berlaku dalam sekelip mata, sebaliknya hasil latihan, ketekunan dan usaha bertahun-tahun lamanya. Justeru, barisan panel bersetuju bahawa sukan adalah pelengkap akademik yang terbaik, malah mustahak untuk menyokong perkembangan awal kanak-kanak.

Turut dibincangkan ialah situasi pasaran pekerjaan semasa di mana pekerja yang berperibadi tinggi lebih diutamakan daripada mereka dengan keputusan cemerlang semata-mata – dan trend ini akan berterusan. 85% pekerjaan yang bakal muncul menjelang 2030 masih belum wujud[4], dan ini seharusnya mendorong pelajar dan mereka yang akan mencari pekerjaan untuk mengembangkan sifat kecekalan masing-masing hari ini agar dapat berkembang maju dan berjaya tanpa mengira situasi pasaran pekerjaan pada masa hadapan. Menurut barisan panel lagi, keupayaan untuk belajar dan bangkit semula daripada kegagalan merupakan unsur kritikal sifat kecekalan serta penentu awal kejayaan yang paling penting. Bagaimanapun, sikap ini kurang terdapat dalam kalangan profesional muda hari ini. Oleh itu, keperibadian yang teguh adalah setara pentingnya dengan bakat dan kemahiran untuk mendorong kejayaan profesional pada masa hadapan.

Untuk perbincangan penuh, ikuti Forum Kecekalan Tangga Kejayaan MILO® melalui penstriman di laman Facebook MILO® Malaysia.

Untuk maklumat tentang Laporan Kecekalan Tangga Kejayaan MILO® serta bagaimana sukan dapat membina kecekalan, layari https://www.milo.com.my/get-active/kecekalan-tangga-kejayaan.

 

Petikan kata-kata

 

Datuk Dr Habibah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia

 

“Kecekalan menyumbang kepada perkembangan positif, khususnya dalam konteks pelajar. Antara perkara yang penting dalam memupuk kecekalan ialah sikap diri, iaitu motivasi untuk menguasai sesuatu tugasan serta usaha untuk mencapai matlamat positif tertentu. Keduanya, sikap dan hubungan dengan rakan-rakan sebaya. Ketiganya, persekitaran sekolah, sokongan dan suntikan semangat guru serta iklim disiplin di dalam sekolah itu sendiri.”  

 

“Pada pendapat saya, asas kecekalan bermula di rumah dengan didikan ibu bapa. Kemudian, ia dikukuhkan di sekolah dan perlu juga dipupuk dalam kalangan komuniti. Ini akan menguatkan struktur pembentukan kecekalan. Cara yang terbaik untuk para pelajar membentuk kecekalan diri adalah dengan mempelajarinya di mana-mana sahaja – baik di dalam kelas mahupun melalui sukan. Sebagai contoh, kami mengajar disiplin, bagaimana cara untuk saling menghormati, serta kerja berpasukan. Ia tidak hanya terhad kepada pembelajaran dalam kelas semata-mata.”  

 

Timothy Johnson Naib Presiden Kanan Pemasaran, Produk & Perkongsian, Kolej Universiti Antarabangsa INTI

 

“Kecekalan itu ibarat tabiat. Jika tidak dipupuk pada usia muda, lama-kelamaan ia akan menjadi lebih rumit untuk dibentuk. Justeru, peranan ibu bapa dan pendidik untuk memupuk kecekalan dalam kanak-kanak pada usia muda adalah amat penting.” 

 

“Banyak pekerjaan masa hadapan masih belum lagi wujud. Itulah sebabnya penting bagi para pelajar untuk memiliki kecekalan dan kemahiran boleh pindah. Kita perlu memupuk pelajar sepanjang hayat, mencabar mereka supaya pembelajaran tidak berakhir apabila mereka meninggalkan universiti. Ini akan dapat menanam sifat ketabahan menghadapi apa jua halangan.”

 

Shahzad Umar, Pengarah Eksekutif – Sumber Manusia, Nestlé (Malaysia) Berhad

 

“Majikan memilih calon pekerja mengikut mantera: Ambil pekerja berdasarkan sikap, kemahiran boleh dilatih. Dan ini telah menjadi pegangan bertahun-tahun lamanya. Bakat dan kemahiran adalah penting, namun tanpa faktor kecekalan, sukar untuk sesorang itu mendapatkan pekerjaan atau mengejar kenaikan pangkat.”

 

“Dalam memilih pekerja, syarikat-syarikat di luar sana mengutamakan keperibadian individu, barulah kelulusan dijadikan pertimbangan. Yang menjadi ukuran ialah tekad, bukannya pedigri (latar belakang) seseorang itu.”

 

“Para pelajar seharusnya digalakkan untuk keluar menerokai minat dan membuat pilihan masing-masing. Tidak mengapa jika mereka gagal kerana setiap jatuh itu ada bangunnya. Ambil pengajaran daripada kegagalan.”

 

Ben Ho, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, Talentbank

 

“Saya sering menasihati pelajar, mereka perlu ada minda mesti-buat dan mesti-buat-sampai-habis.”

 

“Majikan memandang serius kekerapan bertukar-tukar pekerjaan kerana ia tanda kurangnya komitmen terhadap matlamat jangka panjang – atau tanda kurangnya kecekalan. Golongan muda dan graduan baharu perlu ada anjakan paradigma. Mereka berbakat tetapi tidak konsisten, dan ini menjejaskan perniagaan.”

 

Nina Othman, Pengasas, Grow the Goose dan Borneo Cocoa

 

“Kecekalan itu wujud dalam diri kanak-kanak sejak kecil lagi. Persoalannya sama ada kita memupuk kecekalan itu atau tidak.”

 

“Ibu bapa terlampau melindungi anak-anak sehingga anak-anak tidak berpeluang untuk belajar erti kesusahan. Itu perkara yang paling penting untuk membina kecekalan. Tanpa kesusahan, hilang erti atau tujuan. Apabila anak-anak mula bekerja dan bertukar-tukar minat atau kerja, barulah kita sedar bahawa mereka sebenarnya ingin mencuba sesuatu yang baharu kerana mereka tidak diberikan peluang itu semasa kecil.”

###

[1] Duckworth, A. Grit: The Power of Passion and Perseverance (2016).

[2] The Grit Advantage: A Report by MILO® (2020). Laporan penuh di sini.

[3] The Grit Advantage: A Report by MILO® (2020). Laporan penuh di sini.

[4] *Institute for the Future & Dell Techologies. The Next Era of Human | Machine Partnerships: Emerging Techologies’ Impact on Society & Work in 2030 (2017). Laporan penuh di sini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *