(SUKAN) GELANGGANG WWE SMACKDOWN KINI DIBUKA DI ASTRO SUPERSPORT 3 DAN ASTRO ARENA

Spread the love

DOLPH ZINGGLER-horz

Selepas 12 tahun, WWE SmackDown kini bakal menemui penonton secara eksklusif di Astro. Para peminat gusti di Malaysia pastinya teruja tatkala satu lagi siri terhebat dalam rangkaian WWE ini bakal bersiaran di Astro. Penonton boleh menyaksikan bintang WWE seperti John Cena, Big Show, Sheamus, Dolph Ziggler, Seth Rollins dan ramai lagi. WWE SmackDown bakal menemui penonton pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam di Astro SuperSport 3 (Saluran 816/834 HD) dan jam 11.30 malam di Astro Arena (Saluran 801). Bagi mereka yang mempunyai akses kepada Astro on the Go juga boleh menyaksikan WWE SmackDown menerusi saluran Astro Arena.
WWE SmackDown akan menambahkan kehangatan kepada program WWE sedia ada di Astro SuperSport 3 dan Astro SuperSport 4 antaranya Superstars™, AfterBurn™, WWE Raw™, Vintage™, Main Event™, NXT™, This Week™ dan BottomLine™ serta kesemua rancangan Pay-Per-View di saluran Astro Box Office Sport.

Selain itu, episode terbaru WWE SmackDown akan bersiaran di saluran rangkaian Astro pada setiap hari Jumaat iaitu sehari selepas siarannya di Amerika Syarikat. Oleh itu, para peminat di Malaysia akan dapat mengikuti aksi dan drama terkini bintang WWE kegemaran mereka dengan segera.

SmackDown ataupun dikenali sebagai Thursday Night SmackDown ialah sebuah program televisyen hiburan sukan/gusti professional yang mula bersiaran para 26 Ogos 1999. Sejak dari episod pertamanya,

WWE SmackDown telah disiarkan dari 162 gelanggang di 147 buah bandar merentasi tujuh negara berbeza (Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Iraq, Jepun, Itali dan Mexico). Program yang baru sahaja meraikan ulangtahun ke-15 pada 10 Oktober tahun lepas ini telahpun menyiarkan lebih 600 episod sejak dari tahun 1999.

Untuk menonton WWE SmackDown di Astro pada hari Jumaat ini, sila layari www.astro.com.my atau hubungi 03-9543 3838 untuk melanggan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *