Tune Talk sekali lagi mencipta sejarah dengan menganjurkan Malaysian Invasion Mixed Martial Arts – MIMMA yang merupakan salah satu program realiti show berbentuk pertandingan seni bela diri pertempuran campuran (Mix Martial Art – MMA). Pertanding akhir yang telah berlangsung di Stadium Negara , Kuala Lumpur ini menjadi saksi barisan pejuang anak tempatan dari seluruh negara mencari peluang untuk menjadi juara buat kali pertama Malaysian Invasion Mixed Martial Arts – MIMMA buat julung-julung kalinya di dalam 7 kategori berat badan yang dipertandingankan. Perjalanan yang bermula dengan kehadiran lebih 400 orang pejuang seni bela diri MMA ini pada peringkat awal dan disenarai pendek kepada 112 pejuang untuk ke peringkat seterusnya dan akhirnya 14 pseserta akhir bertarung buat kali pertama di pentas akhir yang bertempat di Stadium Negara.
Kehadiran Menteri Belia dan Sukan Malaysia iaitu Yang Amat Berhormat Khairy Jamaluddin yang juga merupakan salah seorang pencetus idea program ini turut sama memeriahkan majlis. Beliau juga diberi penghormatan untuk memberikan plat kemenangan kepada juara-juara pada pertandingan ini. Bercakap kepada pemberita mengenai hala tuju sukan seni bela diri campuran (MMA) ini, beliau menengaskan supaya ada usaha dari pihak yang terlibat supaya menubuhkan satu persatuan yang boleh memayungi kesemua kelab-kelab dan juga gym-gym latihan seni bela diri campuran (MMA) ini supaya ia lebih berkembang dan berharap satu hari nanti ia boleh bersaing dan berdiri sama tinggi dengan keupayaan melahirkan pejuang-pejuang baru seperti yang berlaku di negara Filipina yang dikenali sebagai antara pusat terbesar dan aktif dalam program seni bela diri campuran ini. YB Khairi Jamaluddin juga akan memastikan supaya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membantu dari segi penyaluran dana kepada sukan ini. Beliau juga berharap akan ramai lagi anak muda yang akan tampil dan memberanikan diri untuk menyertai program seni bela diri campuran ini dan menjadi kan beberapa contoh atlit tempatan seperti Peter Davis dan Saiful Merican yang berpeluang untuk muncul di Arena MMA antarabangsa seperti ONE FC. Turut hadir pada pertandingan akhir ini ialah CEO One FC iaitu Victor Cui.
Keputusan Penuh Malaysian Invasion Mixed Martial Arts – MIMMA 2013
Keputusan Penuh ONE FC Superfights