MALAYSIA (14 Mei 2025) – Harley-Davidson dan MotoGP akan melancarkan satu kejohanan perlumbaan global baharu yang menampilkan motosikal bagger Harley-Davidson, yang akan mula dipertandingkan pada tahun 2026. Siri perlumbaan yang terdiri daripada dua belas perlumbaan ini akan berlangsung di enam Grand Prix di Eropah dan Amerika Utara, dengan para pelumba bertanding menggunakan motosikal Harley-Davidson Road Glide yang diubah suai khas untuk perlumbaan, dalam dua perlumbaan bagi setiap pusingan.
Motosikal yang direka oleh Harley-Davidson Factory Racing ini dibina khusus untuk persaingan secara terus, dengan berat kira-kira 280 kilogram (617 paun) dan menghasilkan lebih daripada 200 kuasa kuda serta 245 Nm (180 lb-ft) tork mentah. Ia mampu mencapai kelajuan melebihi 300 kilometer sejam (186 mph). Setiap motosikal akan mempunyai spesifikasi yang sama, memastikan persaingan yang sengit dan seimbang. Barisan pelumba dijangka terdiri daripada enam hingga lapan pasukan, setiap satunya akan menurunkan dua pelumba, dengan sokongan daripada Harley-Davidson Factory Racing.
“Ini adalah langkah berani yang baharu bagi aspirasi perlumbaan global Harley-Davidson. Harley-Davidson telah menjadi perintis dalam aspek prestasi di jalan raya dan di luar jalan sejak lebih 120 tahun yang lalu. Baru-baru ini, kami telah menunjukkan keupayaan prestasi kami melalui penyertaan dalam siri MotoAmerica Mission King of the Baggers dan melalui produk berprestasi tinggi seperti motosikal CVO RR dan CVO Road Glide ST kami. Kami melihat bagaimana prestasi ini telah menarik minat para penunggang dan peminat, dan kami tahu mereka mahukan lebih banyak lagi,” kata Jochen Zeitz, Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Harley-Davidson. “Dengan siri baharu ini, kami teruja untuk memperkenalkan bentuk perlumbaan baharu di pentas dunia. Ini bukan sahaja satu bab yang berani dan baharu bagi jenama kami, meraikan warisan kami sambil mara ke masa hadapan, malah ia juga akan menambah elemen tontonan yang hebat dalam acara motosikal terbaik di dunia.”
“Kerjasama dengan Harley-Davidson ini merupakan peluang yang menarik bagi kedua-dua pihak,” kata Carmelo Ezpeleta, Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports, pemegang hak MotoGP. “Kami menyediakan platform antarabangsa sebenar untuk Harley-Davidson mengembangkan capaian global mereka, dan Harley-Davidson pula berada dalam kedudukan terbaik untuk menyertai kami dalam usaha memperluaskan sukan ini kepada penonton baharu, dengan bekerjasama bersama salah satu jenama gaya hidup paling ikonik dari Amerika Syarikat. Perkongsian ini mempunyai potensi besar untuk strategi kedua-dua pihak dan akan memberikan tontonan yang luar biasa kepada para peminat, dengan membawa cita rasa baharu sepenuhnya ke hujung minggu Grand Prix di mana siri ini akan dipertandingkan.”
Maklumat lanjut, termasuk kalendar perlumbaan dan cara peminat boleh menonton serta mengikuti perkembangan semasa, akan diumumkan tidak lama lagi. Mereka yang berminat untuk menyertai medan perlumbaan yang sedang berkembang atau meneroka peluang penajaan dan media boleh menghubungi: factoryracing@harley-davidson.com
#HarleyDavidson #UnitedWeRide #HarleyDavidsonAsia #MotoGP
Untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai Harley-Davidson di Pasaran Asia Berkembang, sila ikuti kami di:
🌐 www.harley-davidson.com
📘 FB: @HarleyDavidsonAsia
📸 IG: @HarleyDavidson_Asia
▶️ YT: Harley-Davidson Asia
🎵 TikTok: @HarleyDavidson_Asia


