(SUKAN) KEJOHANAN RAGBI MCKK PREMIER 7S KEMBALI SEMULA SELEPAS DUA TAHUN

Spread the love

KUALA LUMPUR (20 Sept) – The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) akan kembali menganjurkan  Kejohanan Rabgi MCKK Premier 7s (P7s) selepas kali terakhir diadakan pada 2020. Kejohanan P7s edisi 2023 akan berlangsung selama tiga hari dari 29 September hingga 1 Oktober 2023 ini.

Kejohanan yang pastinya menarik ramai peminat sukan ragbi bakal menyaksikan saingan sengit dengan kehadiran pasukan antarabangsa seperti dari negara Jepun dan Indonesia bagi merebut mahkota kejuaraan MCKK P7s buat kali-11 penganjurannya.

Saingan tiga hari itu juga bakal menyaksikan kehadiran semula juara-juara edisi terdahulu seperti Maktab Sultan Abu Bakar (EC) Johor Bahru, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), serta tuan rumah MCKK.

Bagaimanapun, kehadiran pasukan seperti Maktab Tentera Diraja (MTD), SMK Victoria (VI) Kuala Lumpur dan Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) Putrajaya tidak boleh dinafikan untuk bergelar juara.

Pada edisi 2020, EC dari Johor Bahru muncul juara buat kali pertama selepas menewaskan skuad pilihan, Sekolah Sultan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) dengan keputusan dramatik 15-12 dalam aksi akhir.

Kemenangan bergaya EC membolehkan pasukan itu menjulang trofi berprestij, NJ Ryan buat pertama kali sejak kejohanan ragbi peringkat remaja itu diperkenalkan pada edisi 2011.

Siri Kejohanan MCKK P7s ini dianjurkan sebagai pemangkin peningkatan mutu dan tahap permainan sukan ragbi di peringkat sekolah selain memupuk minat generasi muda terhadap sukan ragbi.

Selain pada asasnya memupuk semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan, sukan ragbi juga dapat menanam dan membina nilai-nilai keikhlasan serta kejujuran dikalangan remaja negara ini sebagai persediaan menghadapi kehidupan alaf ini.

Sejak mula dianjurkan pada tahun 2011, Kejohanan MCKK P7s telah menampilkan pasukan-pasukan ragbi dari setiap negeri di Malaysia serta juga pasukan-pasukan dari luar negara. Kehadiran pasukanpasukan ragbi dan penyokong dari seluruh Malaysia dan juga dari luar negara telah berjaya menyumbang kepada peningkatan ekonomi diperingkat kebangsaan dan juga diperingkat tempatan melalui peningkatan dan pembangunan pelbagai sektor berkaitan pelancongan khasnya di Kuala Kangsar dan di Negeri Perak secara amnya.

Kejohanan MCKK P7s yang ke 11 ini juga akan mengambil kira kepentingan pemeliharaan ekosistem semula jadi dimana langkah-langkah tertentu digunapakai kearah  memelihara persekitaran sepanjang tiga hari pertandingan berlangsung. Antara langkah yang telah dikenalpasti ialah mengurangkan penggunaan bahan plastik, penggunaan bahan bermasa singkat dan memperbaiki amalan pengurusan sisa.

Cukup jelas MCKK Premier 7s bukanlah sekadar satu acara sukan tetapi penganjurannya turut bertujuan memupuk semangat kesukanan dan keakraban sesama semua yang terlibat serta juga perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Kemunculan semula Kejohanan MCKK P7s untuk kali ke-11 penganjurannya ini sudah pasti menjadi inspirasi kepada barisan pemain muda sukan ragbi di Malaysia untuk menonjolkan bakat masingmasing manakala peminat sukan di seluruh negara akan teruja dengan kemunculan semula kejuaraan ini selepas dua tahun tidak di adakan.

Secara tidak langsung MCKK Premier 7s bakal mencuri tumpuan mempamerkan keindahan Malaysia manakala Kuala Kangsar yang dikenali sebagai Bandar Diraja di Perak bakal menjadi tumpuan kepada pelawat antarabangsa dan tempatan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *