(SUKAN) Peminat teruja mendapat “32-point car inspection” percuma sempena Siri Jelajah Promosi TSSC (The Sultan of Selangor’s Cup)

Spread the love

13 Julai 2024 – Satu Siri Jelajah Promosi TSSC (The Sultan of Selangor’s Cup) Khas diadakan hari ini di syarikat Tanjung Balai Group (Honda 4S Centre) di Seri Kembangan yang merupakan syarikat penaja cabutan bertuah kereta Honda City bagi perlawanan The Sultan of Selangor’s Cup yang bakal berlangsung 17 Ogos 2024 di Stadium Merdeka.

Peminat-peminat yang hadir memandu kereta jenis Honda untuk membeli tiket dan jersi The Sultan of Selangor’s Cup dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari hari ini teruja apabila mendapat “32-point inspection” secara percuma, terhad kepada 20 pembeli pertama, manakala ramai mengambil peluang memandu-uji kereta Honda.

Tiket The Sultan of Selangor’s Cup berharga hanya RM10.00 yang kini berbaki hanya 1500 untuk dijual boleh dibeli di kaunter jualan Siri Jelajah Promosi TSSC di lokasi-lokasi terpilih. Lokasi berikutnya adalah:

  • Majlis Perbandaran Ampang Jaya 15 Julai
  • Majlis Perbandaran Selayang 22 Julai

Penantian 4 tahun peminat-peminat Piala Sultan Selangor merupakan antara faktor utama penjualan tiket perlawanan The Sultan of Selangor’s Cup mencecah 92 peratus dalam hanya dua minggu semenjak ianya mula dijual pada 24 Jun 2024. Kesemua tiket grandstand berharga RM20 telah habis dijual.

Pengerusi & Pengurus Pasukan Piala Sultan Selangor, YBhg Tan Sri Abd Karim bin Munisar berkata, “Kejohanan Piala Sultan Selangor 2024 yang bakal berlangsung 17 Ogos nanti amat ditunggu oleh peminat bolasepak kerana selain bertujuan menyegarkan sejarah pertembungan hebat Selangor-Singapura dan menyaksikan aksi-aksi veteran legenda bolasepak Selangor dan Singapura di masa silam yang pernah beraksi di Stadium Merdeka, ianya juga satu acara karnival dimana mereka dapat berhibur dengan penyanyi terkenal tempatan serta berpeluang memenangi hadiah

cabutan bertuah sebuah kereta Honda City dan penginapan 4hari 3malam di hotel bertaraf lima bintang Marriott Sabah dan Noble Resort Melaka.”

Kami amat mengagumi kegembiraan, semangat, dan sikap saling menghormati yang ditunjukkan oleh para pemain dan penganjur acara ini. Acara seperti ini sihat dan bermanfaat untuk perkembangan bola sepak tempatan kerana ia mengeluarkan potensi terbaik setiap individu. Oleh itu, kami dengan bangganya mengumumkan bahawa ini adalah tahun kesepuluh kami sebagai penaja Piala Sultan Selangor.” Margaret Yap, Timbalan Presiden Tanjung Balai Auto.

Peminat yang masih belum berkesempatan membeli tiket The Sultan of Selangor’s Cup disarankan datang segera ke lokasi-lokasi jualan di Siri Jelajah Promosi TSSC agar tidak ketinggalan berpengalaman merasai suasana di gelanggang asal di mana juara-juara lagenda beraksi ketika itu. Pertandingan kali ini mengembalikan sejarah bola sepak di Negeri Selangor dengan lagenda yang sehingga kini masih menjadi sebutan peminat bolasepak.

Perlawanan Piala Sultan Selangor edisi ke-20 tahun ini akan bermula dengan aksi Veteran Selangor menentang Veteran Singapura pada jam 8 malam, diikuti perlawanan utama antara Pilihan Selangor berdepan Pilihan Singapura pada jam 9 malam.

Pilihan Selangor bergelar juara Piala Sultan Selangor sebanyak 9 kali. Selangor memenangi kejuaraan Piala Sultan Selangor pada tahun 2001, 2003, 2005, 2008, 2012, 2013, 2014, 2018 dan 2019. Pilihan Singapura pula telah menjuarai Piala Sultan Selangor sebanyak 7 kali iaitu pada tahun 2006, 2007, 2009, 2010, 2011, 2016 dan 2017.

Pada tahun 2004 kedua-dua pasukan digelar juara bersama manakala tahun 2015 perlawanan edisi ke-14 itu terpaksa dibatalkan kerana indeks cuaca jerebu yang tinggi. Kali terakhir Piala Sultan Selangor diadakan ialah pada tahun 2019 di mana Pilihan Selangor kekal merangkul juara Piala Sultan Selangor apabila menundukkan Pilihan Singapura 1-0.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *