Prudential Astro Masters 2014 selaku kejohanan golf amatur terbesar dan paling berprestij di Malaysia kembali untuk tahun ke-17 penganjurannya lantas terus membuka peluang buat para pemain golf Malaysia menguji kemahiran mereka di pelbagai lapangan golf terbaik negara. Kejohanan golf yang berlangsung sepanjang lima bulan ini akan membawa peserta pusingan Grand Final berentap merebut kejuaraan di dua lapangan golf terindah dan diiktiraf di Ho Chi Minh, Vietnam.
Siri Prudential Astro Masters 2014 akan bermula (tee off) pada 15 April 2014 di Kota Permai Golf & Country Club, Kuala Lumpur. 20 pusingan kelayakan secara keseluruhan akan berlangsung di beberapa rangkaian lapangan golf terbaik di serata Malaysia. Turut diperkenalkan dua buah padang golf baru yang turut tersenarai untuk pusingan kelayakan kejohanan ini iaitu Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey, Selangor dan Kelab Rahman Putra, Selangor.
Pemain Terbaik Gross dan Terbaik Nett untuk setiap pusingan akan meneruskan persaingan dalam pusingan Grand Final Prudential Astro Masters 2014 di Vietnam Golf & Country Club dan Long Thanh Golf Club dari 21 hingga 24 September 2014. Kedua-dua padang golf ini pastinya menjanjikan keindahan luar biasa tatkala terletak di hamparan 300 hektar kawasan hutan menghijau yang juga merupakan bekas kawasan sawah padi dengan pemandangan yang permai.
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Prudential Astro Masters, Jeganathan Palanisamy berkata, “Kami sangat berbesar hati atas kerjasama berterusan dengan pihak penaja utama, Prudential Assurance Malaysia dalam membangunkan arena golf amatur di Malaysia untuk tahun 2014. Kami juga sangat berbangga dengan kejohanan ini yang telahpun mencatatkan penyertaan hampir 39,000 peserta semenjak pertama kali dianjurkan dan kami berharap untuk mencapai seramai 40,000 penyertaan bagi tahun ini daripada barisan para pencinta sukan golf yang ingin menguji kemahiran mereka.”
Ketua Pegawai Pemasaran Prudential Assurance Malaysia Berhad, Fiona Liao, berkata pihaknya sangat teruja kerana sekali lagi menjadi penaja utama untuk pertandingan golf amatur yang terkenal dan berprestij ini. “Tahun ini merupakan tahun yang sangat istimewa bagi kami di Prudential kerana kami meraikan ulangtahun kami yang ke-90 di Malaysia. Sepanjang 90 tahun ini, kami telah membantu kehidupan orang ramai dari semua lapisan masyarakat di Malaysia dan kami akan terus berusaha demi untuk melakukan perubahan, bukan sahaja melalui inovasi penyelesaian kewangan bahkan melalui penglibatan kami dalam pelbagai projek yang bermakna. Penglibatan kami di dalam Prudential Astro Masters merupakan salah satu contoh bagaimana kami menyasarkan untuk meluaskan capaian serta mendekatkan diri dengan rakyat Malaysia melalui pelbagai saluran dan juga sebagai tanda terima kasih kami atas sokongan berterusan dari mereka”.
Para peserta yang mendaftar untuk penyertaan pada tahun ini akan menerima cenderahati bernilai lebih RM300 dan juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik sumbangan dari rakan-rakan perniagaan Prudential Astro Masters iaitu AmBank, Panasonic, Bridgestone, The Star, Samsonite, MST Golf, Titoni, GOLF Magazine, Banana Boat, Fresh & White, Pharmaton, Shokubutsu Active Guard, Heineken, Gatorade, Schick, Power Bar, AXN, TVB, GlenGrant, Jake’s Charbroil dan Cinta Sayang Resort.
Prudential Astro Masters turut menawarkan hadiah lumayan berupa sebuah kereta mewah, Toyota Camry 2.0GX yang bernilai RM159,900 sebagai hadiah hole-in-one. Di samping itu, beberapa buah televisyen Panasonic Smart LED TV 50 inci menanti pemenang di setiap pusingan kelayakan sebagai hadiah ‘Sure to Win’ hole-in-one.
Oleh itu, sertai dan daftarkan diri anda hari ini kerana penyertaan adalah terhad kepada 120 penyertaan sahaja untuk setiap pusingan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.astro.com.my/astrocircle dan www.golfpeople.com.my, atau hubungi +603-7803 6226 dari hari Isnin hingga Jumaat, jam 9 pagi hingga 5 petang. Pelanggan Astro layak mendaftar dengan yuran pendaftaran istimewa iaitu RM250, manakala RM350 akan dikenakan kepada bukan pelanggan Astro.
Lampiran: Jadual penuh Prudential Astro Masters 2014
Pusingan |
Tarikh Kejohanan |
Tempat |
1 |
15 April, Selasa | Kota Permai GCC, Selangor |
2 |
19April, Sabtu | Orna GCC, Melaka |
3 |
24 April, Khamis | Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey, Selangor |
4 |
3 Mei, Sabtu | Meru Valley Golf & Country Club, Perak |
5 |
10 Mei, Sabtu | Cinta Sayang GCR, Kedah |
6 |
17 Mei, Sabtu | A’ Famosa Golf Resort, Melaka |
7 |
24 Mei, Sabtu | Damai Laut GCC, Perak (afternoon tee off) |
8 |
29 Mei, Khamis | Palm Resort GCC, Johor |
|
||
9 |
4 Jun, Rabu | Tasik Puteri GCC, Selangor |
10 |
14Jun, Sabtu | Eastwood Valley, Miri, Sarawak |
11 |
18 Jun, Rabu | Staffield CR, Negeri Sembilan |
12 |
21 Jun, Sabtu | Shan-Shui GCC, Tawau |
13 |
22 Jun, Ahad | Shan-Shui GCC, Tawau |
14 |
26 Jun, Khamis | Bukit Jawi GR, Penang |
15 |
9 Ogos, Sabtu | Resort World Kijal (Awana Kijal) Golf, Terengganu |
16 |
16 Ogos, Sabtu | Dalit Bay Golf and Country Club, Sabah |
17 |
20 Ogos, Rabu | Templer Park Country Club, Selangor |
18 |
23 Ogos, Sabtu | Penang Golf Resort, Penang |
19 |
4 September, Khamis | Horizon Hills GCC, Johor |
20 |
11 September, Khamis | Kelab Rahman Putra,Selangor |
D |
21 – 24 Sept (Ahad -Rabu) | Grand Finals di Ho Chi Minh City, Vietnam |