(SUKAN) PUSINGAN KELAYAKAN CS1 SUKAN SEA PIALA PERDANA MENTERI DITERAJUI TOKYO AUTO SALON KUALA LUMPUR 2025

Spread the love

KUALA LUMPUR, 27 JULAI 2025 – Menjelang penganjuran edisi ketiganya yang dinanti-nantikan dari 8 hingga 10 Ogos 2025, Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur dengan bangganya mengumumkan kerjasama strategik sebagai rakan penaja utama bagi Pusingan Kelayakan CS1 Sukan SEA Piala Perdana Menteri, anjuran Persatuan Ekuestrian Malaysia.

Acara berprestij selama tiga hari ini akan berlangsung di Kelab Polo Kuala Lumpur, dan turut dianjurkan bersama oleh Lexus, menghimpunkan atlet ekuestrian elit dari seluruh rantau untuk menyertai pertandingan antarabangsa dalam disiplin pertunjukan lompatan (show jumping) dan dresaj (dressage). Pusingan ini merupakan kelayakan keempat dalam laluan ke Sukan SEA, yang menonjolkan ketepatan, keanggunan dan semangat kompetitif.

Sebagai sebahagian daripada penyertaannya, Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2025 akan mempersembahkan kategori pertunjukan lompatan berikut:

  • 60–70cm
  • 90–100cm
  • 100cm
  • 110cm
  • 115cm

Penyertaan Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur dalam acara ini mencerminkan apresiasi bersama terhadap ketepatan, kuasa dan keanggunan – ciri-ciri utama dalam dunia sukan ekuestrian dan juga gaya hidup automotif,” kata Jason Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Element X Strategies. “Kerjasama ini juga amat bertepatan dalam usaha mempromosikan pameran kami yang akan datang di MITEC pada 8 hingga 10 Ogos ini.”

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2025 dianjurkan secara rasmi mengikut acuan Tokyo Auto Salon yang terkenal di Jepun. Dianjurkan oleh Element X Strategies, pameran ini dijalankan dengan kerjasama San Ei Corporation (pemilik hak intelek Tokyo Auto Salon) dan Persatuan Tokyo Auto Salon. Edisi Malaysia ini telah menarik lebih 90,000 pengunjung sepanjang dua edisi terdahulu pada tahun 2023 dan 2024.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *