(SUKAN) RED BULL I+ – TENAGA TANPA BATASAN

Spread the love

PIC_9793gmosmall

Rakyat Malaysia sudah sinonim dengan suntikan tenaga fizikal dan mental yang dibekalkan setiap Red Bull. Sejak memasuki pasaran Malaysia pada awal 1990an, Red Bull membekalkan tenaga buat warga Malaysia untuk mencapai segala yang diidamkan dalam kehidupan seharian mereka.

Statistik menunjukkan bahawa lebih 44 juta tin Red Bull diminum pada 2013 di Malaysia – peningkatan 60% berbanding empat tahun lalu – mengukuhkan kedudukan Red Bull sebagai minuman tenaga No.1 Malaysia.

Dengan segala keperluan gaya hidup zaman sekarang yang memerlukan tenaga yang lebih, sehingga menjangkaui ke tahap tiada batasan, kami memperkenalkan Red Bull – Tenaga tanpa batasan.

Sama ada seseorang itu adalah ‘pejuang digital’, ketua perniagaan, eksekutif, pengurus kilang atau penggemar sukan ekstrem, Red Bull berazam untuk memberikan semua orang tenaga dan keyakinan untuk mengetahui bahawa tiada batasan yang diletakkan kepada keupayaan dan aspirasi mereka.

Kempen Tenaga tanpa Batasan adalah mengenai individu, keinginan mereka untuk mencapai tahap tenaga maksium dan lebih penting cita-cita yang tiada batasan yang mampu dicapai dengan Red Bull. Simbol I+ mewakili individu daripada segenap lapisan masyarakat yang menyimpan aspirasi untuk melakukan lebih daripada kebiasaan.

Ketika pelancaran kempen di Camp5 in 1Utama, Kuala Lumpur, hari ini, dua bakat iklan televisyen Red Bull Malaysia – Nor Hafizul Abdul Rasit, 20 dan Khairul Hafiz Abu Hassan, 27, memperagakan keupayaan mereka di khalayak ramai.

“Menerusi Hafizul dan Khairul, Red Bull mahu menyemarakkan keinginan untuk mencapai kejayaan tanpa batasan, memenuhi matlamat Malaysia dalam melahirkan rakyat bercita-cita tinggi dan menggalakkan perpaduan antara satu sama lain.” Kata Pengarah Eksekutif Red Bull Malaysia, Mr Jyn Wee.

Dalam iklan itu, Hafizul, seorang pelajar menampilkan kehandalannya melakukan pergerakan akrobatik parkour di Kuala Lumpur manakala Khairul, seorang usahawan menunjukkan keupayaannya mendaki bukit dengan mencabar dirinya menawan Batu Caves, mercu tanda ikon di Kuala Lumpur. Janell Tan, seorang perunding pula mengatasi ketakutannya terhadap ketinggian dengan melakukan terjunan bungee daripada puncak bukit di Nepal.

Wee menegaskan bahawa penerimaan Red Bull oleh warga Malaysia adalah bukti betapa jenama itu menjadi sumber kekuatan buat individu. “Selepas 22 tahun menerima sokongan di Malaysia, Red Bullmahu mengucapkan terima kasih kepada semua warga Malaysia kerana menjadi kami No.1 bersama anda,” katanya.

Kempen Red Bull–Tenaga tanpa Batasan mensasarkan terhadap meningkatkan motivasi buat rakyat Malaysia untuk mencapai cita-cita mereka.

Tiada had terhadap cita-cita 

KempenRed Bull–Tenaga tanpa Batasan adalah lonjakan terhadap usaha rakyat Malaysia untuk mencapai cita-cita mereka. Aktiviti yang dirancang termasuk I+ Extra Boost, I+ 1000KM dan I+ Goals.

I+ Extra Boost berhasrat untuk memberikan suntikan kepada pengguna dengan tambahan 1.5 juta botol Red Bull yang boleh ditukarkan dengan ring pembuka tin Red Bull mulai Mei hingga Jun tahun ini.

I+ 1000KM menyaksikan kemuncak Red Bull Female Rookies Driver Search 2014yang bermula Jun lalu. Sejumlah 14 pelumba wanita yang disenarai pendek Sepang 1,000km Endurance Race Disember lalu akan disertai 20 wanita lain bagi sesi pemilihan terakhir untuk memilih dua pelumba cemerlang bagi pasukan All-Female Red Bull Rookies yang akan bersaing dalam Sepang 1,000km Endurance Race 2014 pada 5-7 Disember.

I+ Goals adalah pusingan kelayakan untuk mencari pasukan futsal terbaik untuk mewakili Malaysia bagi Red Bull Tri-Nations Cup 2015. Salah satu perkara yang membuka lembaran baru pada tahun ini adalah pelancaran I+ Red Bull Challenge Grant.

“Pada Ogos ini, kami akan melancarkan I+ Red Bull Challenge Grant, yang menyaksikan kami bersetuju untuk menawarkan geran sejumlah RM100,000. Geran itu akan ditawarkan kepada individu yang mahu mencabar diri mereka secara mental atau fizikal. Tujuan geran ini adalah untuk menyuntik semangat warga Malaysia untuk mencapai cita-cita mereka menerusi cabaran yang dipilih dan menjangkaui diri melepasi batasan.” said Wee.

Terdapat banyak lagi aktiviti menarik yang akan dilancarkan bagi memberikan suntikan tenaga buat warga Malaysia pada bulan-bulan akan datang. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman facebook Red Bull Malaysia (www.facebook.com/RedBullMalaysia) atau laman web Red Bull Malaysia(www.redbull.com.my).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *