(SUKAN) REEBOK SPARTAN SUPER MALAYSIA 2016 – PERHITUNGAN DI SUNGAI HITAM

Spread the love

apsartan

Larian Reebok Spartan, larian berhalangan terbaik dunia dijangka akan menyaksikan perhitungan sengit pada 20 Mac di Sungai Hitam.

Spartan Malaysia sekali lagi berjaya menemui venue yang mencabar dengan kerjasama KSL untuk membawa perlumbaan paling sukar yang dinanti-nantikan peminat di Canary Garden di Bandar Bestari, Klang. Sungai Air Hitam yang mengalir menerusi laluan penuh mencabar ini akan menjadi medan perhitungan utama buat peserta untuk menguji kekuatan fizikal dan mental mereka.

Peserta diminta untuk berhimpun di pejabat KSL Sales Gallery di No.2, Jalan Langat KS9, Bandar Bestari, Klang untuk permulaan perlumbaan tersebut (Waze: Khoo Soon Lee Realty Sdn Bhd Klang).

Larian Reebok Spartan Super pada 20 Mac dipenuhi dengan lebih 30 halangan sepanjang jarak  13+km dan terbuka kepada peserta berumur 14 tahun ke atas. Ia adalah medan ujian seterusnya buat Finisher Spartan Sprint dalam merangkul gelaran Spartan Trifecta yang diidamkan (jika anda menamatkan Spartan Sprint pada Oktober, ia dikira sebagai Trifecta tahun ini).

Kami gembira menjadi rakan rasmi dan penaja venue Perlumbaan Spartan 2016. Kami melihat penajaan ini sebagai salah satu usaha dalam  menyokong gaya hidup aktif dan ini menjadi pendekatan kami ketika mereka bentuk perumahan berlatar belakangkan sungai, Canary Garden, yang menyaksikan penduduk dan orang ramai menikmati gaya hidup aktif dalam suasana hijau,” kata Pengarah KSL Holdings, Patrick Khoo.

Perlumbaan Junior Spartan direka khas buat mini-Spartan dalam lingkungan usia 4-13 untuk menikmati perlumbaan yang dipenuhi 8-10+ halangan mengelilingi laluan 0.5km – 2km (jarak bergantung dengan peringkat umur).

Setiap pelari Spartan Super dan Spartan Junior yang melintasi garisan penamat akan menerima T-shirt Finisher rasmi Spartan dan pingat Finisher Spartan.

Jadi, apa tunggu lagi dan daftarlah sekarang (jika belum berbuat demikian). Dengan tinggal hanya beberapa hari sebelum bermulanya acara yang begitu dinantikan, kini tiba masanya untuk berlatih dan #SpartanUp.

Larian Reebok Spartan buat julung kalinya dianjurkan pada 10 Oktober tahun lalu bersempena Hari Sukan Kebangsaan dan dilancarkan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan yang menyaksikan lebih 10,000 penyertaan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *