Dengan serendah RM80, pengunjung Festival SUPER GT Malaysia bakal menerima kejutan epik! Dengan penambahan konsert GT Live! selepas perlumbaan, peminat SUPER GT akan menutup tirai keseronokan di litar dengan barisan artis sensasi dari seluruh rantau pada 26–28 Jun di Litar Antarabangsa Sepang Petronas.
Perkara ini diumumkan hari ini oleh HARO Sports & Entertainment, pemegang hak dan penganjur pusingan Malaysia bagi SUPER GT, bersama Nihon Matsuri sebagai penganjur bersama Festival SUPER GT Malaysia, menjanjikan pengalaman yang mendebarkan dan tidak dapat dilupakan kepada para peminat. Tiket perlumbaan bukan sekadar untuk sukan permotoran, malah ia adalah pas masuk kepada sebuah festival berskala besar yang turut menampilkan pesta makanan dan budaya Jepun.
“Festival SUPER GT Malaysia bukan sekadar perlumbaan. Ia adalah acara yang pasti menghiburkan semua golongan. Daripada pameran automotif ke pesta budaya Jepun, dan himpunan kereta JDM sehinggalah ke konsert GT Live! selepas perlumbaan. Apa jua minat anda, satu tiket memberi akses kepada segala keterujaan,” kata Fahrizal Hasan, Rakan Pengurusan HARO Sports & Entertainment.
Dengan penambahan konsert GT Live! selepas perlumbaan, HARO teruja memperkenalkan kepada penonton bintang sensasi Indonesia yang sedang menggegar media sosial seluruh dunia. Anda pernah dengar lagu mereka di TikTok, anda pernah lihat mereka di YouTube. Kini, dapatkan tiket anda dan saksikan persembahan “Garam & Madu (Sakit Dadaku)” secara langsung di pentas Festival SUPER GT Malaysia 2025 oleh trio terkenal Tenxi, Naykilla & Jemsii yang lebih dikenali sebagai TNJ.
TNJ dari Indonesia akan menjadi tajuk utama GT Live! bersama kumpulan wanita J-Pop dan M-Pop yang terkenal antarabangsa KLP48, serta bakat muzik generasi baru dari Malaysia iaitu FAREED daripada K-Clique, Sabhi Saddi dan Kaka Azraff.
“Garam & Madu” telah mencetuskan fenomena global! Dan kini ia akan tiba di Malaysia. Pengunjung Festival SUPER GT Malaysia, bersedia untuk bergoyang! Lagu viral ini bukan sekadar lagu – ia adalah fenomena budaya! Dicipta oleh trio pembuat lagu hits, lagu ini menggabungkan kuasa mentah hip-hop dan rentak dangdut yang mengasyikkan, dipertingkatkan lagi dengan denyutan elektronik bertenaga. Sejak dilancarkan, “Garam & Madu” telah menakluk internet, dengan lebih 114 JUTA tontonan di YouTube, serta berada di kedudukan #1 di Carta Rasmi Indonesia dan Billboard Indonesia Songs – bukti kuasa lagunya yang sukar dinafikan!
Peminat TNJ, KLP48, FAREED, Sabhi Saddi dan Kaka Azraff masih boleh mendapatkan tiket untuk menyaksikan konsert GT Live! selepas perlumbaan serendah RM80 semasa Promosi Early Bird masih berlangsung. Tiket ditawarkan dalam pelbagai kategori seperti:
-
RM80 (RM100) – Grandstand K1
-
RM200 (RM250) – Grandstand Utama
-
RM350 – GT Suite
-
RM500 – Zon Rock GT Live!
-
RM2,000 – Paddock GT Club
UMW Toyota Motor dan Toyota GAZOO Racing Malaysia turut tampil sebagai Penaja Utama Festival SUPER GT Malaysia 2025. Sebagai penaja utama, mereka memacu sambutan terhadap prestasi, semangat dan komuniti dalam dunia permotoran.
Festival ini turut menjadi hos kepada Pusingan 2 Toyota GAZOO Racing Vios Challenge 2025, siri perlumbaan satu-model utama negara yang menampilkan pemandu profesional, amatur, dan bakat muda dalam jentera Toyota Vios yang disediakan seragam. Sebagai sorotan permotoran akar umbi di Malaysia, cabaran ini mengutamakan kemahiran pemanduan tulen sebagai penentu kemenangan.
“Kerjasama ini menyatukan kehebatan perlumbaan GT Jepun dengan semangat permotoran Malaysia. Ia satu sambutan luar biasa terhadap kelajuan, budaya dan komuniti,” kata Fahrizal.
Di luar litar, peminat boleh menyelami pengalaman Toyota GAZOO Racing termasuk:
● Pameran kereta lumba dan pratonton eksklusif kenderaan baharu
● Zon interaktif peminat dan simulator perlumbaan
● Penampilan khas pemandu dan duta GAZOO Racing
● Barangan rasmi dan hadiah eksklusif
Festival SUPER GT Malaysia 2025 juga menyambut Bridgestone sebagai Pembekal Tayar Rasmi untuk kejohanan sulung GR86 Cup Malaysia Series. Disokong oleh Toyota dan Bridgestone, siri satu-model ini menampilkan kereta sukan Toyota GR86 baharu dan akan berlangsung bersama perlumbaan SUPER GT, menawarkan lebih banyak aksi di litar.
GR86 Cup Malaysia Series akan memulakan debutnya sebagai perlumbaan sokongan dengan dua perlumbaan 10 pusingan sepanjang pusingan Malaysia SUPER GT 2025, dan dua lagi pusingan dijadualkan tahun ini – semuanya diadakan di Litar Antarabangsa Sepang Petronas.
HARO Sports & Entertainment Sdn Bhd juga berbesar hati mengalu-alukan Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) sebagai Rakan Strategik dalam kolaborasi untuk menawarkan pengalaman baharu kepada industri sukan permotoran dan bola sepak negara. Kerjasama ini akan dimanfaatkan melalui pertukaran idea dan penerokaan peluang komersial serta kreatif dalam menghasilkan kandungan yang memberi manfaat kepada kelab dan industri.
Turut serta dalam SUPER GT Malaysia ialah CraftLab Asia sebagai Rakan Visual Konsep Rasmi yang bertanggungjawab terhadap reka bentuk balutan kereta dalam siri jelajah acara ini.
Festival SUPER GT Malaysia 2025 diadakan sebagai sebahagian daripada sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Selangor 2025, serta mendapat pengiktirafan daripada Tourism Malaysia dan Tourism Selangor.
Layari www.supergtmalaysia.com untuk maklumat lanjut.
