(SUKAN) Sekolah Sukan Hong Kong azam pertahankan kejuaraan

Spread the love

Image 1-MCKKKuala Lumpur (4 Februari, 2016): Sekolah Antarabangsa Australia (AIS) yang berpangkalan di Singapura akan mencuri tumpuan pada Kejohanan Ragbi Premier 7 Sebelah MCKK 2016 yang dibarisi pasukan bintang mulai 26-28 Februari di Kuala Kangsar.

Pasukan Australia itu boleh menjangkakan saingan sengit daripada juara bertahan, Sekolah Sukan Hong Kong, juara 2014, Scots College dari New Zealand, pemenang dua kali, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Johor (SSTMI) dan juara 2013, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Menyertai juara bertahan dan bekas juara itu adalah 20 sekolah premier negara yang bersedia menyahut cabaran sukar menyaingi pasukan ternama ini.

Kolej Vajiravudh dari Thailand, nama yang tidak asing lagi sejak pengenalan Premier 7s pada 2011, akan mengundur diri pada edisi keenam ini berikutan saingan  domestik awal musim. Namun, kehadiran pasukan-pasukan Hong Kong, Kiwi, Australia dan pencabar tempatan sudah cukup untuk mengesahkan status ini sebagai kejohanan lima bintang.

Pada 2015, Sekolah Sukan Hong Kong menjadi juara kelima Piala Dato’ NJ Ryan menerusi kejayaan 31-12 ke atas Scots College. Terletak di perbandaran Strathmore Wellington, Scots College adalah juara edisi keempat (2014) menerusi persembahan memberangsangkan daripada Malo Tuitama dan TJ Va’a, yang kini beraksi dalam Ragbi Super bersama Hurricanes.

Dianjurkan bersama Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Jawatankuasa All Blacks Revival (ABR) Malay College Old Boys Association (MCOBA), Premier 7 Sebelah MCKK 2016 menerima sokongan Kementerian Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pelancongan.

Presiden MCOBA, Dato’ Ghazali Mat Ariff, berkata Kejohanan Ragbi Premier 7 Sebelah MCKK 2016 di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, akan terus menikmati suasana karnival sepanjang tiga hari.

“Kami menyaksikan sokongan hebat daripada sekolah sukan tempatan dan luar negara sejak 2011. Namun, sejak dua tahun kebelakangan ini, piala ini dimenangi Scots College dan Sekolah Sukan Hong Kong dan ini menjadikan saingan kali ini menarik dan mencabar,” kata Dato’ Ghazali pada sidang akhbar di Bangunan MCOBA di Kuala Lumpur.

“Kami berharap untuk menyaksikan kebangkitan pasukan tempatan merampas piala ini kembali daripada saingan luar negara. Kejohanan Premier 7 Sebelah MCKK penuh dengan kejutan kerana saingan ini tidak memiliki pasukan pilihan,” tambahnya.

Turut hadir pada majlis pelancaran Kejohanan Ragbi Premier 7 Sebelah 2016 adalah Penasihat Khas Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz, Pengerusi bersama jawatankuasa penganjur, Wan Kamaruddin Wan Mohamed Ali, penaja dan bekas pelajar MCKK.

Pengarah kejohanan, Amrul Hazarin, berkata kejohanan itu diiktiraf oleh Piala Dunia Ragbi 2019, Koordinator Pemasaran Global World Rugby Events Asia Tenggara yang menyifatkannya “Premier 7 Sebelah Kolej Melayu” adalah contoh terbaik bagaimana sukan itu sepatutnya dipromosikan. Jalinan kerjasama pintar antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC), korporat, Persatuan Bekas Pelajar, sekolah, pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan menjadikan Premier 7 Sebelah sebagai salah satu kejohanan ragbi sekolah berprestij di rantau ini.”

 “Jawatankuasa penganjur mahu mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan penghargaan buat sokongan yang diberikan Telekom Malaysia Berhad sebagai penaja gelaran kejohanan ragbi Premier 7 sebelah MCKK 2016,” kata Dato’ Ghazali, sambal menambah bahawa kejohanan itu mungkin tidak dapat dijayakan tanpa sokongan penaja sektor korporat.

Dia juga memberikan penghargaan terhadap sokongan semua penaja terutamanya  Tenaga Nasional Bhd, Ranhill Bhd, Cyberview Sdn Bhd, Scomi, Ernst & Young, Casuarina Hotels, RF Empire Resources, Proton, Modenas, KPJ Healthcare Bhd, Aimar Resources (Carisbrook), Supreme Landmobile & Wireless Corporation, SA Cargo Sdn Bhd, Disitu Holdings, Milo, New Straits Times Press (M) Bhd dan Big Tree Outdoor Sdn Bhd.

Piala NJ Ryan dinamakan sempena mendiang Dato’ NJ Ryan, yang memulakan penubuhan pasukan ragbi di MCKK dan juga pengetua kesembilan kolej tersebut. Pasukan itu yang mendapat jolokan All Blacks Kolej Melayu Kuala Kangsar, kemudiannya berkembang menjadi gergasi ragbi negara, menjuarai pelbagai gelaran negeri dan kebangsaan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *