(SUKAN) SHARP HSNKL HALF MARATHON: PERLUMBAAN UNTUK SEMUA ORANG BAGI KEKAL CERGAS & AKTIF!

Spread the love

KUALA LUMPUR, 20 OGOS 2024 – Sertailah SHARP HSNKL Half Marathon untuk menikmati keseronokan berlari! Acara yang dinanti-nantikan oleh orang ramai ini kini akan kembali untuk tahun yang kedua di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 20hb Oktober 2024. Semua pelari tempatan dan antarabangsa akan berkumpul untuk sama-sama meraikan semangat kesukanan!

Selaras dengan misi Bulan Sukan Negara, SHARP HSNKL Half Marathon bukan sekadar satu perlumbaan sahaja, ia merupakan satu gerakan untuk memupuk minat bersukan dalam kalangan rakyat Malaysia, dan seterusnya menyemarakkan semangat bagi mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

SHARP sebagai penaja utama akan bekerjasama dengan Pure Events untuk menyediakan pengalaman yang tidak dapat dilupai. Acara ini turut disokong oleh Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Kuala Lumpur, DBKL – CATS (Cultural Arts Tourism and Sports), Persatuan Olahraga Wilayah KL, PDRM, dan MKN.

SHARP HSNKL Half Marathon ini merupakan acara luar awam berskala besar ke-2 yang ditajakan oleh SHARP. Memandangkan SHARP akan meraikan ulang tahunnya yang ke-40 di Malaysia pada tahun depan, kami berharap dapat terus bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membawa acara larian ke negeri lain, seperti Pulau Pinang dan Johor.

SHARP HSNKL Half Marathon menawarkan sesuatu untuk semua orang dengan 4 kategori perlumbaan yang menarik – Half Marathon 21km yang mencabarkan, Larian 10km yang menyegarkan, dan Larian 5km dan 3km yang menyenorokan.

Acara ini bakal menjadi satu acara yang meriah dan inklusif – sama ada anda pelari yang ingin mencabarkan diri, atau orang ramai yang hadir dengan ahli keluarga bagi menikmati masa berkualiti, ataupun golongan kurang berkemampuan dan orang kurang upaya, kesemuanya dapat menikmati masa di acara SHARP HSNKL Half Marathon ini. Kami bertujuan untuk menggalakkan keamanan, keharmonian dan keseronokan yang menyatukan rakyat Malaysia, dan seterusnya sama-sama memulakan gaya hidup yang lebih sihat.

Pengarah Urusan SHARP Electronics Malaysia, Encik Ting Yang Chung berkata, “Pendaftaran telah dibuka satu minggu lalu, dan kami kini mempunyai hampir 3,000 peserta. Kami teruja untuk melihat jumlah pendaftaran apabila kami semakin menghampiri tarikh tutup pada 15hb Oktober 2024.”

Pelepasan peserta untuk kategori Half Marathon sejauh 21km akan bermula seawal jam 4.30 pagi, menawarkan pemandangan menakjubkan latar langit ikonik Kuala Lumpur, termasuk Menara Berkembar PETRONAS, Bukit Tunku, Sasana Kijang, Jalan Parlimen dan banyak lagi.

Perlumbaan sejauh 10km adalah dijangka menarik penyertaan terbesar, ia turut menampilkan beberapa mercu tanda terkenal di sepanjang laluannya. Larian 5km dan 3km pula direkakan khas untuk sesi keluarga, dan sesuai untuk pemula, kanak-kanak serta orang kurang upaya, termasuk mereka yang berkerusi roda. Kesemua perlumbaan akan berakhir di Dataran Merdeka.

Hadiah menarik bernilai RM50,000, termasuk SHARP AQUOS 4K TV, adalah ditawarkan untuk pelbagai kategori, iaitu kategori Terbuka, Terbuka Malaysia dan Veteran untuk kedua-dua golongan lelaki dan wanita.

Penaja SHARP HSNKL Half Marathon termasuk Modenas yang menawarkan sebuah motosikal; dan Decathlon yang menyediakan beberapa buah basikal sebagai hadiah cabutan bertuah. SHARP akan menyediakan booth untuk kedua-dua penaja, dan hadiah misteri akan disediakan sebagai hadiah cabutan bertuah.

“Kami harap semua rakyat Malaysia serta pelancong dari negara lain akan menyertai acara ini, dan kita dapat menikmati keseronokan berlari dan meraikan semangat kesukanan bersama-sama. Oleh itu, kami dengan terujanya ingin mengumumkan SHARP akan menambah hadiah bernilai sebanyak RM50,000 sekiranya kami menerima lebih daripada 15,000 pendaftaran. Jika kami berjaya mencapai sasaran ini, jumlah hadiah akan bernilai sebanyak RM100,000!” tambah Encik Ting Yang Chung.

Pakaian rasmi untuk acara ini ialah PureFIIT. Semua peserta yang berdaftar akan menerima baju-T larian yang selesa daripadanya. Goodi Bag bernilai RM150 setiap bag pula ditajakan oleh Decathlon. Pesertapeserta juga layak mendapatkan Baucar Tunai Istimewa daripada Decathlon. 100Plus juga dilantik sebagai minuman rasmi dan Swiss-Inn sebagai hotel rasmi.

Sempena SHARP HSNKL Half Marathon, pelbagai booth, trak makanan bergerak dan lain-lain akan berkumpul di Dataran Merdeka, membolehkan orang ramai menikmati kemeriahan sambil mencipta saat indah bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Pendaftaran akan ditutup pada 15hb Oktober 2024, atau sekiranya penuh sebelum tarikh tersebut. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara yang mengujakan ini!

Untuk maklumat lanjut mengenai SHARP HSNKL Half Marathon, sila layari laman Facebook rasmi di www.facebook.com/helloharisukannegara.


SHARP HSNKL HALF MARATHON 2024 – KUALA LUMPUR
📆 Date: 20 Oct 2024, Sunday
⏰ Time: 4:00AM
🚗 Venue: Jalan Raja, Dataran Merdeka

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *