(SUKAN) SUPERMOPED BERTARAF ANTARABANGSA: VOGE FR150 BERSEDIA DI ARRC 2025.

Spread the love

THAILAND, 25 APRIL 2025 – VOGE AS25 Racing Team bakal mengorak langkah besar di pentas perlumbaan Asia Road Racing Championship (ARRC) 2025 di Litar Antarabangsa Chang, Thailand sekaligus menjadikan jentera VOGE FR150 sebagai pencabar baru dalam perlumbaan epik ini.

Muhammad Afizi Supaat dengan nombornya 83 dan pelumba 73 iaitu Tengku Amirul Haffiruddin bersedia menyahut cabaran dan menerima segala kemungkinan sepanjang melibatkan diri dalam perlumbaan yang buat julung kalinya dianjurkan.

Dari kategori UB150, latihan pertama telah diadakan pada 25 April 2025 (Jumaat) jam 8.10 pagi waktu tempatan (jam 9.10 pagi waktu Malaysia) manakala latihan kedua adalah pada 2.00 petang waktu tempatan (3.00 petang waktu Malaysia). Perlumbaan pertama bakal berlangsung esoknya pada 1.20 petang waktu tempatan (2.20 petang waktu Malaysia) dengan lapan pusingan serta perlumbaan kedua juga pada waktu dan pusingan yang sama pada 27 April 2025 (Ahad).

Perancangan yang tersusun dari pasukan VOGE AS25 Racing Team yang diketuai oleh Azlan Shah Kamaruzaman dan pengurus pasukan Rosnizam @ Obert adalah faktor utama Muhammad Afizi Supaat dan Tengku Amirul Haffiruddin memperoleh semangat dan motivasinya.

Ini adalah kali pertama VOGE Malaysia menceburi perlumbaan motosikal di peringkat antarabangsa yang semestinya memberikan imej positif serta meningkatkan semangat berpasukan tidak pada ahli pasukan VOGE AS25 Racing Team semata-mata, malah buat peminat VOGE FR150 dan penonton ARRC 2025. Pencabar baru bersedia bersinar!

Mengenali VOGE FR150

VOGE FR150 direka dengan spesifikasi dan ciri-ciri terkini yang menjadikannya lebih menonjol berbanding pesaingnya. Model ini dilengkapi dengan enjin 150cc satu silinder DOHC, yang menghasilkan 15.42hp @ 8,500rpm dan tork maksimum 13.5Nm @ 7,500rpm. Ciri-ciri canggih seperti slipper clutch, ABS dwi-saluran dan transmisi 6-kelajuan memastikan prestasi dan keselamatan yang tiada tandingan.

Mengenali VOGE AS25 Racing Team

VOGE AS25 Racing Team merupakan pasukan baharu yang memulakan langkah sulung mereka dalam kejohanan Asia Road Racing Championship (ARRC) pada tahun 2025. Diasaskan dan diterajui Azlan Shah Kamaruzaman, pelumba profesional negara yang masih aktif bersaing dalam kategori ASB1000 dan pengurusnya Rosnizam @ Obert.

Pasukan ini dibentuk dengan objektif utama untuk mencungkil bakat baharu tempatan serta memperkukuh kehadiran Malaysia dalam arena perlumbaan motosikal peringkat Asia. Dengan pengalaman luas Azlan Shah dan Rosnizam dalam dunia perlumbaan, VOGE AS25 Racing Team hadir dengan semangat kompetitif dan visi jangka panjang untuk menjadi antara pasukan terbaik serantau. Penyertaan sulung ini bukan sekadar membuka lembaran baharu buat pasukan, malah mencerminkan komitmen terhadap pembangunan sukan permotoran tanah air.

TENTANG VOGE  

Loncin mula menghasilkan motosikal pada tahun 1983 di Chongqing, salah satu metropolis terbesar di bahagian tengah-selatan China. Hari ini, Loncin merupakan salah satu pemaju dan pengeluar motosikal terbesar di dunia, dan hasil inovasi teknologinya, produknya telah mencapai kejayaan dalam industri motosikal. Mereka memiliki lebih daripada lapan ribu paten dan berjaya menjual produk mereka pada lebih daripada 100 negara di seluruh dunia.

VOGE ditubuhkan pada tahun 2018 sebagai jenama subsidiari Loncin. Tujuannya adalah untuk mereka membentuk, membangunkan, dan membina motosikal premium yang berprestasi tinggi, semuanya dibina dengan teknologi dan komponen yang paling canggih.

Kami bukan sekadar membina motosikal; kami mencipta semangat, mengejar kebebasan, dan melihat ke masa hadapan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *