(SUKAN) TGR MALAYSIA eRACING 2025: MEMBINA GENERASI BAHARU BAKAT SUKAN PERLUMBAAN

Spread the love

UMW Toyota Motor dan Toyota GAZOO Racing Malaysia telah melancarkan Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025, siri perlumbaan simulator utama negara yang bertujuan mencungkil pelumba maya terpantas dan membuka laluan mereka ke dunia sebenar sukan permotoran.

Dahulunya dikenali sebagai GT Cup Malaysia dan kini memasuki penganjuran tahun kelapan, kejohanan yang kini dijenamakan semula sebagai TGR Malaysia eRacing Championship 2025 meneruskan misinya untuk mencari pelumba maya terbaik negara dan menyediakan mereka peluang ke arena perlumbaan sebenar. Selaras dengan falsafah TGR iaitu “pushing the limits for better”, edisi tahun ini berkembang melangkaui Gran Turismo dengan turut merangkumi RaceRoom, Assetto Corsa, dan iRacing, sekali gus memberikan ujian lebih menyeluruh terhadap kemahiran perlumbaan dan kebolehsuaian pelumba.

Kejohanan ini yang menawarkan jumlah hadiah wang tunai sebanyak RM123,000 dibahagikan kepada tiga kategori: Pro, Club dan Junior – satu pencarian tulen bagi generasi pelumba baharu Malaysia.

Dengan tiga pusingan awal telah selesai, 40 pelumba terbaik kini akan berentap di peringkat suku akhir untuk memilih 20 terpantas ke separuh akhir. Daripada situ, hanya 10 pelumba terbaik akan mara ke grand final yang akan berlangsung hujung tahun ini.

TGR Malaysia eRacing Campus Tour

Beriringan dengan kejohanan ini ialah TGR Malaysia eRacing Campus Tour, yang direka untuk membawa keterujaan perlumbaan simulator terus ke universiti, mendedahkan para mahasiswa kepada dunia dan pengalaman perlumbaan maya. Penganjuran ini juga telah berjaya mencungkil beberapa bakat tersembunyi yang kini berjaya membuat peralihan sensasi ke perlumbaan sebenar dalam Vios Challenge.

Tour ini telah singgah di beberapa lokasi:

  • Sunway University (13 Ogos)

  • INTI International College Subang (19 Ogos)

  • HELP University (27 Ogos)

  • City University (3 September)

Jadual seterusnya sehingga Oktober:

  • 9 September – MDIS Malaysia International College, Johor (Administration Block, Main Lobby)

  • 11 September – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak (Kulliyyah of Engineering)

  • 17 September – UOW Malaysia KDU Penang University College, Batu Kawan (Waiting Lounge)

  • 7 Oktober – UNITAR International University, Kelana Jaya (Students Hub, Tingkat G)

Di setiap lokasi, mahasiswa berpeluang berlumba menggunakan simulator berkelas profesional, menyertai demonstrasi tayar oleh Toyo Tires, dan memenangi barangan eksklusif Toyota GAZOO Racing. 10 pelumba maya kampus terpantas juga akan mendapat tempat terus ke grand finale kejohanan.

Lebih daripada sekadar pertandingan

“Inisiatif ini lebih daripada sekadar pertandingan – ia adalah pengenalan mendalam kepada budaya sukan permotoran yang direka untuk membangkitkan semangat serta mencungkil bakat terpendam. Ia mencerminkan komitmen UMW Toyota untuk memperluaskan akses kepada sukan permotoran melalui platform digital, membuka laluan baharu untuk belia, serta memacu visi Mobility for All. Dengan menurunkan halangan penyertaan dan memperkasakan bakat dari pelbagai latar belakang, kita bukan sahaja membina juara, malah membuka pintu ke masa depan perlumbaan yang lebih inklusif,” kata Datuk Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor.

Tour ini telah membuktikan keupayaannya mencungkil bakat sebenar, dengan peserta terdahulu seperti Raja Amirul Syauqat, Genevieve Ooi, dan Jastin Rahul Dev kini mara ke Vios Challenge Rookie Class – bukti komitmen TGR dalam membina laluan perlumbaan dari dunia maya ke realiti.

DNA perlumbaan sebenar

Penglibatan Toyota menambahkan DNA sukan permotoran sebenar ke dalam kejohanan ini, dengan beberapa model prestasi Toyota dipertandingkan dalam perlumbaan showcase termasuk kategori perlumbaan khas Toyota-only. Semangat prestasi dan ketepatan ini menghidupkan falsafah perlumbaan TGR yang berasaskan inovasi.

📌 Ikuti semua aksi di platform media sosial Toyota GAZOO Racing Malaysia:

ℹ️ Maklumat lanjut di: www.toyota.com.my/en/tgrmalaysia


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *