(SUKAN) TINGKATKAN HAD ANDA DI REDLINE FITNESS GAMES

Spread the love

Kuala Lumpur, 15 Jun 2023 – Adakah anda bersedia untuk menguji enjin dan mencapai had anda? Bersedia untuk pacuan adrenalin yang hebat sambil kami mempersembahkan REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN, acara yang pertama seumpamanya dengan pengalaman senaman paling menghairahkan yang pernah anda alami! Ini adalah acara yang ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat gim dan kecergasan, dan kini akhirnya sampai untuk anda. REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN kini bersedia untuk merevolusikan senario kecergasan di Malaysia. Sertai kami pada 23 dan 24 September di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC) untuk acara dalaman yang yang tiada tandingannya.

Jangan ketinggalan siri acara kecergasan berfungsi luar biasa ini yang bertujuan untuk memberi inspirasi, motivasi dan menyemarakkan semangat ke arah Asia Tenggara yang lebih cergas dan sihat. Pertandingan ini mengalu-alukan peserta dari semua latar belakang senaman dan menjamin pengalaman yang menarik dan mencabar melalui format dan suasana acara yang unik dan direka untuk orang ramai. Tunggu apa lagi? Jadilah antara perintis untuk mendaftar di www.redlinefitnessgames.com dan menjadi sebahagian daripada acara senaman tersendiri yang akan meningkatkan had anda dan mencapai REDLINE anda.

Apa yang boleh dijangkakan? Ujian muktamad semua komponen kecergasan, ditambah pula dengan pertandingan yang amat menyeronokkan dan mengasyikkan. REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN menggabungkan kursus senaman yang dibina daripada 12 stesen kecergasan fungsian unik yang bertujuan untuk melibatkan dan mencabar pesaing dalam pelbagai aspek kecergasan, termasuk kardio, kekuatan, daya tahan, kuasa, ketangkasan, imbangan, koordinasi dan fleksibiliti.

REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN direka untuk menjadi inklusif dan mengalu-alukan peserta dari semua tahap kecergasan. Tidak kira tahap pengalaman anda, sama ada anda seorang ahli profesional yang berpengalaman atau peserta yang baru sahaja memulakan perjalanan anda ke arah kecergasan, kami menghulurkan jemputan ini kepada semua orang untuk menyertai pertandingan ini. Inilah masanya untuk mencari motivasi untuk menjadi lebih cergas dan sihat berbanding sebelum ini. Kami tidak sabar untuk berjumpa anda di REDLINE.

Butiran REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN di bawah:

 

📆 Tarikh :             23 & 24 September 2023

⏰ Masa :               8.00am – 8.00pm

📍 Lokasi :             Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC)

🎟 Kategori & Yuran Tiket:

KATEGORI JANTINA “EARLY BIRD” BIASA LEWAT
PERSEORANGAN

(Persaingan)

LELAKI

PEREMPUAN

RM175 RM195 RM215
PERSEORANGAN

 

LELAKI

PEREMPUAN

RM145 RM165 RM185
BEREGU LELAKI

PEREMPUAN CAMPURAN

1 lelaki + 1 perempuan

RM120

Seorang

RM140

Seorang

RM160

Seorang

KUMPULAN BEREMPAT LELAKI

PEREMPUAN CAMPURAN

2 lelaki + 2 perempuan

RM100

Seorang

RM120

Seorang

RM140

Seorang

* Harga tidak termasuk 6% SST dan yuran transaksi portal tiket

Untuk maklumat lanjut tentang REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN atau untuk mendaftar, sila layari www.redlinefitnessgames.com.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *