(SUKAN) TOYOTA START YOUR IMPOSSIBLE OUTRUN 2025 SUMBANG RM200,000 KEPADA NCSM TERUS MEMBAWA HARAPAN MELALUI MOBILITI

Spread the love

PUTRAJAYA, 30 Julai 2025 – Seramai lebih 6,500 pelari telah berkumpul semalam untuk edisi keempat Toyota Start Your Impossible (SYI) Outrun 2025, sebuah acara ikonik yang menyerlahkan peranan Toyota sebagai syarikat mobiliti perintis yang komited untuk memperkasakan komuniti. Lebih daripada sekadar perlumbaan, SYI Outrun adalah manifestasi kempen penjenamaan Start Your Impossible (SYI), mencerminkan dedikasi Toyota terhadap inovasi dan kesejahteraan masyarakat.

Tahun ini, SYI Outrun berjaya mengumpul sebanyak RM200,000 untuk Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) bagi menyokong kesedaran kanser, penyelidikan dan perkhidmatan pesakit. Sejak tahun 2020, Toyota telah menyumbang lebih RM500,000 kepada persatuan tersebut.

“Mobiliti bukan sekadar kenderaan – ia tentang menggerakkan manusia ke hadapan dalam setiap aspek kehidupan,” kata Datuk Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor. “SYI Outrun mengingatkan kita tentang perubahan positif yang mampu dicetus apabila kita bergerak dengan tujuan. Hari ini, rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang bersatu demi membawa harapan – inilah semangat sebenar Start Your Impossible.”

Acara tahun ini turut memperkenalkan kategori baharu Half Marathon 21KM, melengkapkan kategori utama 10KM dan 5KM – melambangkan kejayaan peribadi dan ketahanan kolektif yang seiring dengan matlamat Toyota untuk Move Your World. SYI Outrun menyatukan bukan sahaja pelari berpengalaman; malah, pesakit kanser yang telah pulih turut berlari meraikan peluang kedua mereka, manakala keluarga berjalan memperingati insan tersayang, menjadikan setiap langkah penuh makna. Ribuan peserta hadir dari pelbagai lapisan masyarakat, termasuk ahli kelab larian Persatuan Pelari Anak Luar Biasa – Little Fighter Runners dan Bikeisable, mencerminkan semangat inklusif acara ini. Ada yang menolak insan tersayang di atas kerusi roda, berlari bersama ibu bapa yang uzur, dan turut serta bersama anak-anak kecil – mencipta momen yang merentasi generasi, bersatu demi satu misi: menyokong perjuangan menentang kanser.

Setiap langkah membawa kisah, dan setiap gerakan mengingatkan bahawa harapan menggerakkan kita semua. Sambil laluan perlumbaan memaparkan perjalanan peribadi para peserta, kawasan acara berubah menjadi festival mini kesihatan. Para peserta mengunjungi booth interaktif daripada NCSM, N8 Sports Nutrition dan ATF Sport Taping, menyertai saringan kesihatan percuma, dan merasai pengalaman secara langsung bersama barisan kenderaan Toyota seperti Vios, Yaris G Limited, Hilux GRS, dan Corolla Cross HEV. Pengunjung juga dijemput meneroka dunia Toyota di luar litar melalui Zon Aktiviti Toyota, pameran Gazoo Racing yang membawakan keterujaan sukan permotoran, dan pengalaman Beyond Zero yang memperkenalkan masa depan elektrik Toyota melalui model bZ4X dan Mirai, simbol komitmen berterusan Toyota terhadap kelestarian dan inovasi.

Terdapat juga zon kanak-kanak yang meriah, persembahan perkusi bertenaga, permainan pentas yang dikendalikan juruacara, dan kawasan festival bergambar yang menjadi ruang interaksi dan sambutan buat keluarga serta penyokong.

10 pelari terpantas bagi kategori 10KM dan 21KM membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM138,000. Manakala peserta lain berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM19,000, termasuk TV Sony Bravia, jam tangan Garmin Forerunner Triathlon, dan PlayStation 5. Semua pelari menerima race kit berprestasi tinggi, manakala pelari 21KM turut menerima jersi penamat eksklusif – bukan sekadar cenderamata, tetapi lambang kemenangan peribadi.

Visi mobiliti Toyota melebihi batasan kenderaan semata-mata. Ia berpaksikan kepercayaan bahawa pergerakan mampu mencetus kemajuan, menjalin hubungan dan memperkasakan komuniti. Melalui inisiatif seperti SYI Outrun, UMW Toyota Motor terus memperjuangkan mobiliti yang merangkumi semua – di mana setiap langkah membawa erti, dan tiada siapa yang tertinggal, tanpa mengira keupayaan, latar belakang, atau perjalanan hidup.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif UMWT dan perkembangan ke arah masa depan yang lebih inklusif, sila layari:
👉 https://www.toyota.com.my/en/discover-toyota/start-your-impossible.html


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *