Kuala Lumpur, 8 Disember 2024 – Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2024 (KLTITC24) telah melabuhkan tirainya hari ini dengan kejayaan gemilang apabila 1,500 peserta dari 15 negara berjaya mendaki 1,608 anak tangga menuju ke Pelantar Pemandangan Tertutup (Observation Deck) pada ketinggian 292 meter. Meraikan edisi ke-22, acara bertaraf dunia ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal peserta, malah mencipta rekod baharu dengan jumlah anak tangga tertinggi dalam sejarah penganjuran acara ini.
Dengan slogan “Challenge Your Steps”, Towerthon tahun ini menyatukan atlet profesional, peminat kecergasan, dan peserta baharu, sekali gus mengukuhkan kedudukan Menara Kuala Lumpur sebagai destinasi utama acara sukan bertaraf antarabangsa.
“KLTITC24 bukan sekadar acara—ia adalah simbol ketahanan dan semangat luar biasa para peserta,” kata Nazli Saad, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. “Sempena ulang tahun ke-28 Menara Kuala Lumpur, kami teruja untuk menganjurkan acara yang bukan sahaja mencabar individu, tetapi juga mempamerkan semangat Malaysia di mata dunia.”
REKOD BAHARU TERCIPTA
Perlumbaan tahun ini menetapkan piawaian baharu dengan pendakian 1,608 anak tangga, memecahkan rekod sebelumnya iaitu 1,576 anak tangga. Cabaran yang lebih tinggi ini menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta, membawa mereka ke tahap kecemerlangan baharu.
GANJARAN SETIMPAL DENGAN CABARAN
Dengan jumlah hadiah keseluruhan hadiah bernilai RM80,000, peserta telah bersaing untuk merebut ganjaran menarik:
- Kategori Terbuka Lelaki dan Wanita: Juara membawa pulang RM15,000 setiap seorang.
- Kategori Veteran: RM7,000 untuk juara, beserta hadiah bagi naib juara dan tempat ketiga.
- Kategori Lelaki dan Perempuan Remaja: RM3,000 untuk juara dan RM2,000 untuk naib juara.
- Hadiah Cabutan Bertuah: Hadiah menarik termasuk tiket penerbangan pergi-balik ke Istanbul tajaan Turkish Airlines, penginapan mewah di hotel, dan hadiah eksklusif.
ACARA BERTARAF ANTARABANGSA, IMPAK TEMPATAN
Towerthon terus mendapat sambutan antarabangsa dengan kehadiran peserta dari lebih 15 negara, termasuk penyertaan tertinggi dari Kenya, Jepun, dan Great Britain. Kategori ‘Fun Run’ yang memperkenalkan peserta berkostum dan personaliti media menambahkan keunikan dengan menyuntik elemen kreativiti dan keceriaan, menjadikannya acara yang kompetitif dan meriah.
MEMPERKUKUH IDENTITI PELANCONGAN MALAYSIA
Kejayaan Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2024 mencerminkan komitmen Malaysia dalam mempromosikan gaya hidup aktif dan pelancongan sukan. Acara ini direalisasikan dengan sokongan Turkish Airlines sebagai Penaja Utama, bersama rakanrakan acara lain seperti, Malaysian Towerrunning Association, Checkpoint Spot Sdn. Bhd., DEI Global, Syauqi Excellent, O’Briens Irish Sandwich Café Malaysia, PRIME, 100Plus Malaysia, Borneo Springs, N8 Nutrition, KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Travel 88,
Wealth Wolves Travel, Travelvago, Tourland, Yen Travel & Tours Sdn. Bhd., Asian Trails, Hotel Indigo Kuala Lumpur on the Park, Crown Regency Serviced Suites, FAMA, Nestlé Milo, Nestlé Ice Cream, Nestlé KitKat, dan Bon Sport Fragrance.
Agensi kerajaan yang turut membantu menjayakan acara ini termasuk Kementerian Belia & Sukan, BOMBA, dan PDRM, yang telah memastikan keselamatan dan kelancaran sepanjang acara berlangsung.
VISI MASA DEPAN
Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2024 telah mencipta satu lagi pencapaian hebat, sekaligus memperkukuh komitmen Menara Kuala Lumpur dalam memupuk gaya hidup sihat serta memajukan sukan pelancongan di Malaysia.
“Ketabahan dan semangat jitu yang ditunjukkan oleh para peserta hari ini memberikan inspirasi memberi inspirasi kepada kami untuk terus menjulang acara ini ke peringkat lebih tinggi,” kata Nazli Saad. “Dengan sokongan berterusan daripada peserta dan rakan acara, “Kami beraspirasi untuk menjadikan Menara Kuala Lumpur sebagai tuan rumah kejohanan bertaraf dunia pada masa hadapan.”
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan acara di Menara Kuala Lumpur, sila hubungi talian khidmat pelangan di +603-2020 5421 atau layari media sosial rasmi kami @menarakl di Facebook, Instagram, dan TikTok, dan laman sesawang kltower.com.my.