(SUKAN) VOGE FORMICA ROSSA 150 AKAN BERSAING DI PERLUMBAAN CUBPRIX DAN ARRC 2025

Spread the love

PULAU PINANG, 18 NOVEMBER 2024 – VOGE, sebuah jenama motosikal yang semakin dikenali ramai, dengan bangganya mengumumkan bahawa model pertamanya, Formica Rossa 150 (FR150), akan menyertai Kejuaraan CubPrix Malaysia 2025 dan Asia Road Racing Championship (ARRC). Langkah ini menandakan pencapaian penting bagi VOGE dalam menceburi dunia perlumbaan profesional dengan supermoped-nya yang serba canggih.

VOGE FR150 direka dengan spesifikasi dan ciri-ciri terkini yang menjadikannya lebih menonjol berbanding pesaingnya. Model ini dilengkapi dengan enjin 150cc satu silinder DOHC, yang menghasilkan 15.42hp @ 8,500rpm dan tork maksimum 13.5Nm @ 7,500rpm. Ciri-ciri canggih seperti slipper clutch, ABS dwi-saluran dan transmisi 6-kelajuan memastikan prestasi dan keselamatan yang tiada tandingan.

Pencabar Baharu di Litar Perlumbaan

Kemunculan FR150 dalam CubPrix dan ARRC membuktikan kemampuannya sebagai pencabar baharu yang berpotensi. Kini, model ini sedang menjalani proses homologasi oleh pihak penganjur perlumbaan untuk bersaing pada musim perlumbaan tahun depan. Langkah ini bukan sahaja mengesahkan prestasi motosikal ini, tetapi juga menyerlahkan komitmen VOGE terhadap inovasi dan kecemerlangan.

Dengan kehadiran FR150, acara perlumbaan ikonik ini dijangka menjadi lebih menarik, menawarkan cabaran baharu kepada pesaing berpengalaman dan memberikan pengalaman yang lebih mendebarkan kepada peminat.

Pengumuman Pasukan Perlumbaan dan Pelumba

Proses pemilihan pasukan perlumbaan kini sedang dijalankan dan nama pasukan serta pelumba dijangka diumumkan seawal Januari 2025. MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. sedang mencari pelumba berbakat yang mampu memanfaatkan sepenuhnya potensi FR150 dan memperlihatkan prestasinya di litar perlumbaan.

Ciri-Ciri Hebat VOGE Formica Rossa 150

Enjin 150cc: Dibina untuk prestasi optimum dengan sistem penyejukan cecair, sesuai untuk perjalanan bandar dan jarak jauh.

Slipper Clutch: Meningkatkan kawalan dan keselamatan semasa perlahan dan membelok.

ABS Dwi-Saluran: Menjamin brek yang cekap untuk kedua-dua roda, memberikan keselamatan maksimum.

Kecekapan Bahan Api: Tangki minyak 5.8L menyokong perjalanan lebih jauh.

Suspensi Canggih: Memberikan pengalaman menunggang yang lancar di pelbagai jenis permukaan jalan.

Port Pengecas USB: Membolehkan peranti sentiasa dicas dan pengguna sentiasa terhubung.

Reka Bentuk Moden dengan Lampu LED: Gaya sporty dan futuristik dengan pencahayaan premium.

Ciri Keselesaan: Tempat duduk ergonomik, tapak pemijak kaki anti gelincir dan tempat duduk anti-gelincir untuk keselesaan maksimum.

Paparan Digital: Memudahkan akses kepada maklumat penting dengan teknologi moden.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *