(SUKAN) YUKI SEMANGAT MULAKAN AKSI DI SEPANG

Spread the love

Yuki Ito with his Yamaha YZF-R6

Yuki Ito mahu melupakan kekecewaan musim 2014 bagi menghadapi saingan pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Asia FIM di Litar Antarabangsa Sepang, minggu ini.

Pelumba PETRONAS Hong Leong Yamaha itu terlepas gelaran juara SuperSports 600cc ke tangan Mohd Zaqhwan Zaidi dengan perbezaan hanya satu mata pada perlumbaan akhir di Litar Losail, Doha, Qatar sekalipun meraih tiga kemenangan dan tiga lagi podium sepanjang musim lepas.

Yuki Ito in action during the ARRC pre-season test at Sepang

Kemenangan dramatik Zaqhwan juga menyaksikan pasukan Musashi Boon Siew Honda meraih tiga gelaran juara individu dan berpasukan berturut-turut selepas Ryuichi Kiyonari (2012) dan Azlan Shah Kamaruzaman (2013).

Meskipun akui masih kecewa dengan kegagalan tersebut, pelumba Jepun itu optimis dan lebih bersedia menghadapi cabaran musim baru ini.

“Saya begitu hampir untuk memenangi gelaran namun tewas di penghujung perlumbaan. Sudah tentu ia sangat mengecewakan apabila tewas dengan jurang mata yang begitu hampir. Saya sudah melupakan kesedihan tersebut dan cukup beemotivasi dan bersedia dari segi fizikal dan mental untuk memulakan saingan musm ini,” jelas Ito.

Keyakinan itu ditambah dengan keputusan sesi ujian pra-musim yang menyaksikan Ito muncul pelumba yang melakukan catatan masa terpantas.

Meskipun tanpa kehadiran pelumba pilihan seperti Katsuaki Fujiwara dan Makoto Tamada yang mengumumkan persaraan pada penghujung musim lepas, Yuki percaya saingan musim 2015 semakin sengit dengan kehadiran pelumba kelas dunia seperti Noriyuki Haga, Yuki Takahashi dan Mark Aitchison.

Bercakap tentang sasaran pada minggu ini, Yuki berharap dapat meraih kemenangan di Sepang di mana dia masih gagal meraih kemenangan sekalipun telah beberapa kali menaiki podium.

“Kami menghadapi tugas berat pada minggu ini terutama dengan kehadiran Takahashi dan Haga selain pelumba pilihan, Mohd Zamri Baba yang kita tahu kehandalannya. Namun ini tidak mematahkan semangat untuk saya memenangi Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2. Malah perlumbaan ini juga ibarat berlumba di halaman sendiri kerana saya beraksi bersama pasukan Hong Leong Yamaha dan ditaja oleh PETRONAS. Saya mahu menghadiahkan kemenangan kepada mereka.”

Sesi Latihan Bebas Kejuaraan MotosikalbAsia FIM akan bermula pada hari Jumaat, 17 April diikuti sesi kelayakan pada Sabtu dan perlumbaan akhir pada hari Ahad. masuk dan parkir  adalah percuma.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *