Kuala Lumpur, 10 Ogos 2016 – Jenama telefon pintar yang sentiasa berkembang maju, OPPO, telah melancarkan model telefon pintar F1s di Kuala Lumpur hari ini, membawakan sebuah lagi peranti luar biasa dalam siri Selfie Expert (Pakar Selfie) yang bertumpukan fotografi. Model F1s terus memartabatkan gelaran “Selfie Expert” terdahulunya, iaitu F1, dengan menaik taraf keupayaan dengan kamera hadapan 16 MP dan ciri-ciri yang lebih canggih. F1s yang berharga RM1,198 mengukuhkan revolusi selfie, membawakan teknologi fotografi terkemuka OPPO kepada rangkaian pengguna yang lebih luas. Read more →