Kuala Lumpur, 2 JUN 2016 – Istimewa Ramadan ini, Astro melancarkan jenama baharu, “Iman” yang mengenengahkan kandungan Islam menarik khas untuk anak-anak kecil. Jenama Iman, yang bakal menampilkan seleksi kandungan pendidikan Islam yang dipersembahkan melalui medium yang pelbagai ini mensasarkan kanak-kanak seawal usia 4 tahun. Iman merupakan satu aspirasi Astro untuk membantu anak-anak di rumah memahami dan mempelajari dengan lebih mendalam lagi perkara-perkara asas berkenaan agama Islam merangkumi Fardhu Ain, pendidikan akhlak, doa dan sebagainya Read more →