Tag: AKU BUKAN UNTUKMU

(HIBURAN) PENYESALAN CINTA ANGGI MARITO DALAM “AKU BUKAN UNTUKMU”

17 Januari 2025, Jakarta – Pernahkah anda menyesal kerana telah mengabaikan cinta seseorang? Ia memang pengalaman yang menyakitkan, tetapi hakikatnya, ada cinta yang tidak ditakdirkan untuk kita. Perasaan inilah yang ingin disampaikan oleh Anggi Marito menerusi single terbarunya, Aku Bukan Untukmu, yang dilancarkan di bawah label Universal Music Indonesia. Lagu ini adalah versi remake daripada lagu popular yang pernah dinyanyikan oleh salah seorang diva Indonesia, Rossa. Dicipta oleh Aji Mirza Hakim atau lebih dikenali sebagai Icha Jikustik, lagu ini pertama kali dilancarkan pada tahun 2004 sebagai sebahagian daripada album Kembali. Read more →