Daiyan Trisha terus mengukir namanya sebagai ikon fesyen tanah air apabila mencipta sejarah tersendiri di pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) dengan menggondol dua anugerah, iaitu Anugerah Selebriti Stailo Terhangat dan anugerah utama, Anugerah Melodi Terhangat. Kemenangan berganda ini bukan sahaja mengukuhkan pengaruhnya dalam dunia seni, tetapi juga mengesahkan kedudukannya sebagai figura fesyen yang benar-benar menginspirasikan ramai. Read more →
