KUALA LUMPUR, 19 APRIL 2024 – Sejak dilancarkan pada Ogos 2023, HARTA, merujuk kepada HABIB: Action for the Revival of Traditions and Arts, terus komited untuk memperjuangkan pemeliharaan, pendidikan dan dialog terbuka mengenai warisan dan budaya Malaysia. Dari pameran berkala di galeri seni sehingga muzium barangan kemas warisan yang memukau, HARTA sering menganjurkan acara, sesi perkongsian (percuma untuk orang ramai), dan bengkel yang mengetengahkan tradisi-tradisi Malaysia, dengan kerjasama berterusan bersama sekolah-sekolah, universiti, dan institusi-institusi budaya untuk meningkatkan ilmu dan kesedaran di kalangan masyarakat. Read more →