Petaling Jaya, 20 Januari 2024 – Perjalanan menuju Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) kini bermula secara rasminya! Sesi siaran langsung Mega Live AJL39 di TikTok TV3 Malaysia pada malam Sabtu lalu benar-benar mencuri tumpuan penonton dengan pelbagai pengumuman menarik. Dari tema AJL tahun ini, tarikh jualan tiket, gandingan hos baharu yang penuh kejutan, hingga penaja utama yang mantap, semuanya menjanjikan pengalaman luar biasa! Selain itu, aktiviti istimewa ‘Healing AJL’ bakal berlangsung pada hujung minggu ini, pasti memberikan pengalaman yang tidak boleh dilepaskan oleh para peminat setia. Read more →
