Tag: Anwar Suhaimi

(SEMASA) MELANGKAU SEGENAP BATASAN DENGAN IMMERSIO 2023 DI MUZIUM TELEKOM

KUALA LUMPUR, 19 DISEMBER 2023 – Muzium Telekom bakal ditransformasikan kepada sebuah alam yang menakjubkan di mana seni, budaya, warisan dan inovasi disatukan dengan IMMERSIO 2023, mencatatkan satu lagi lembaran kreativiti menarik dan meneruskan legasinya sebagai pewaris evolusi telekomunikasi negara. Pameran IMMERSIO terkini akan memenuhi ruang muzium sebagai kanvasnya seluas 27,000 kaki persegi dan menggabungkan lebih daripada 20 artis media baharu serta budaya, menciptakan sebuah alam seni digital yang mengasyikkan dengan instalasi interaktif, seni teater yang menggabungkan tradisi serta muzik warisan diberikan sentuhan moden. IMMERSIO 2023 terbuka kepada khalayak ramai dari hari ini hingga 7 Januari 2024. Read more →