Tag: Astro Bella Jom Kurus

(SEMASA) Astro Bella Jom Kurus Musim Kedua Kembali! – 12 Peserta Bakal Harungi Cabaran 60 Hari Transformasi Diri

 peserta-bersama-coach-dan-hos-00

KUALA LUMPUR, 20 SEPTEMBER 2016 – Setelah berjaya merubah kehidupan 12 orang wanita pada tahun lalu, program realiti pengurusan berat badan, ‘Astro Bella Jom Kurus’ kembali lagi dengan cabaran yang pastinya lebih hebat! Tahun ini, tempoh latihan dan program digandakan kepada 60 hari agar para peserta dapat menimba lebih ilmu di samping mengalami transformasi diri dengan lebih berkesan lagi. ‘Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari’ dijangka menemui penonton pada setiap Jumaat mulai 7 Oktober 2016 jam 9malam, hanya di saluran  133 (Astro Bella) dan tayangan serentak dalam definisi tinggi (HD) di Astro Mustika HD, saluran 134. Tahun lalu, peserta dari Johor, Yana, telah muncul sebagai juara musim pertama rancangan ini apabila beliau berjaya mengurangkan 12 kg dalam tempoh 30 hari. Tentunya, edisi kali ini menjanjikan perubahan yang lebih drastik dengan tempoh transformasi berganda yang pastinya membuatkan penonton di rumah teruja! Read more →