Petaling Jaya, 8 Mac 2017 – Peringkat akhir pertandingan Orchid ‘Be Yourself’ yang julung-julung kali diadakan nyata memeriahkan pusat membeli-belah Alamanda di Purajaya. Finalis-finalis yang berbakat telah memberikan yang terbaik dalam aspek lakonan, nyanyian dan tarian demi merebut peluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM6,000, produk eksklusif pembersih khusus wanita Orchid, serta pengalaman sekali seumur hidup untuk membintangi filem pendek bersama duta jenama Orchid, Sazzy Falak, yang akan diterbitkan oleh produksi tempatan terkenal, Metrowealth International Group (MiG)! Read more →