Johnson & Johnson melancarkan kempen terbarunya – So Much More™ untuk mendidik ibu bapa Malaysia tentang amalan semasa mandi yang mengoptimumkan perkembangan otak si manja mereka. Hasil penyelidikan daripada Science of SensesTM menunjukkan bahawa keseimbangan antara satu amalan biasa dan rangsangan kepada deria dapat menggalakkan dan mencorakkan perkembangan otak bayi. Proses pembelajaran otak dipertingkatkan apabila berbilang deria dirangsangkan, berbanding dengan penggunaan hanya satu deria. Pada hakikatnya, kempen ini mendorong ibu bapa menjadikan masa mandi masa yang berkualiti, dipenuhi dengan rangsangan berbilang deria untuk memupuk keupayaan bayi untuk belajar, berfikir, berkasih sayang dan membesar. Read more →