Syarikat pengurusan bakat Astro, Rocketfuel Entertainment terus mengorak langkah dalam meluaskan agensi pemasaran bakat, syarikat rakaman serta kandungan digital mereka ke pasaran baru. Syarikat hiburan tersebut yakin dengan perkembangan ini untuk meneroka alam baru. “Bakat-bakat serta rancangan- rancangan kami telah membuktikan kehebatannya di rantau Asia Pasifik. Dunia dilihat sudah semakin kecil dengan adanya internet hingga membuatkan hiburan digital menjadi tiada batasan,” jelas Murali ‘Moots’ Marimuthu, Admiral di Rocketfuel. Read more →