Tag: Bioré GUARD Mos Block Serum

(SEMASA) Pengembangan Inisiatif Melindungi Kehidupan di Masa Depan daripada Ancaman Penyakit Bawaan Nyamuk, KAO Melancarkan Produk Penghalau Nyamuk Baharu, Bioré GUARD Mos Block Serum, di Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Jun 2024 – KAO Malaysia hari ini telah mengumumkan pelancaran Bioré GUARD Mos Block Serum baharunya, yang dirumus dengan ‘anti-landing tech’ yang dikhususkan menghalang nyamuk daripada menghinggapi kulit manusia. Pengumuman tersebut bersempena dengan pengembangan projek GUARD OUR FUTURE di peringkat global untuk melindungi pengguna daripada ancaman nyamuk. GUARD OUR FUTURE tertumpu pada teknologi dan formulasi produk inovatif yang menyediakan perlindungan bagaikan perisai yang menjauhkan nyamuk daripada kulit manusia, dan dengan itu menghalang gigitan nyamuk. Sebelum ini, Bioré GUARD Mos Block Serum telah diperkenalkan di Thailand sejak dua tahun lalu dan juga telah dilancarkan di Singapura, Taiwan dan Hong Kong tahun ini. Di bawah projek GUARD OUR FUTURE, KAO Malaysia akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor dan Takeda Malaysia dalam rangkaian aktiviti yang bertujuan melindungi nyawa rakyat Malaysia daripada gigitan nyamuk dan penyakit bawaan nyamuk seperti demam denggi. Read more →