KEDAH, 22 MEI 2025 – CFMOTO Malaysia memperkenalkan satu lagi model berkuasa tinggi dalam segmen adventure touring iaitu CFMOTO 800MT-X yang dilancarkan secara eksklusif di Men Huat Motors Sdn. Bhd. Ditawarkan pada harga RM48,888.00 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan), model ini hadir dengan dua pilihan warna menarik iaitu Zephyr Blue dan Nebula Black.
CFMOTO 800MT-X sentiasa memberikan semangat dan keberanian baru buat penunggangnya lebih-lebih lagi semasa menempuh perjalanan jauh serta laluan ‘off-road’ yang mencabar. Motosikal ini dikuasakan oleh enjin 2-silinder sebaris, 4-lejang, DOHC, sistem penyejukan cecair bersesaran 799cc yang mampu menjana kuasa maksimum 70kW pada 8,500rpm dan tork maksimum 87Nm pada 6,750rpm. Read more →

