SEPANG, 25 MEI 2016 – Litar Antarabangsa Sepang (SIC) terpaksa mengeluarkan perlumbaan kereta Drag Battle Series bagi edisi 2016 daripada kalendar SIC untuk memastikan keselamatan pelumba dan supaya litar perlumbaan berada dalam keadaan baik selepas kerja-kerja pembaikan trek dijalankan baru-baru ini. Perlumbaan yang telah bermula sejak 2003 merupakan satu-satunya acara drag yang menggunakan litar lumba, selepas dipersetujui Persatuan Automobil Malaysia (AAM). Read more →