Kepada semua penggemar kopi di Malaysia, adakah anda bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu? NESCAFÉ® Sedia-Untuk-Diminum telah menjenamakan semula rangkaian minuman kopi tempatannya kepada Edisi NESCAFÉ® Kopitiam, dan bersempena dengan ini, dua variasi baharu juga telah diperkenalkan iaitu NESCAFÉ® Kopi-C dan NESCAFÉ® Kopi Cham. NESCAFÉ® Kopi Cham merupakan kombinasi teh dan kopi, manakala NESCAFÉ® Kopi-C pula adalah adunan kopi dan susu yang lebih halus. Kedua-dua perisa ini telah diiktiraf sebagai minuman yang paling digemari di kopitiam tempatan. Read more →