Tag: EKO-PELANCONGAN

(SEMASA) MAGIKA STUDIOS TARIKAN EKO-PELANCONGAN DAN EDUTAINMENT BAHARU DI SELANGOR

Shah Alam, 30 November 2025: Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), pemaju induk projek Selangor Maritime Gateway (SMG), dan KRU Entertainment Sdn Bhd (KRUESB) hari ini mengumumkan kerjasama strategik bagi melancarkan pembangunan Magika Studios, sebuah destinasi eko-pelancongan dan didik-hibur terbaharu di Mangrove Point, Pelabuhan Klang. Tarikan ini menggabungkan keindahan alam semula jadi, teknologi moden dan elemen penceritaan kreatif bagi meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan Sungai Klang. Read more →