KUALA LUMPUR, 12 September 2025 – Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), pengeluar motosikal nasional Malaysia dan ahli Kumpulan DRB-HICOM, meraikan ulang tahun ke-30 syarikat dengan pelancaran skuter premium terbaharunya, ELIT 150S. Direka khas untuk penunggang bandar masa kini, ELIT 150S menggabungkan gaya kontemporari, teknologi terkini dan praktikaliti harian, sekali gus menetapkan penanda aras baharu dalam segmen skuter 150cc. Read more →
