Naskhah epik biografi dengan suntikan fiksyen yang ditunggu ramai, Harimau Malaya akhirnya bakal menemui penonton di panggung wayang seluruh Malaysia bermula 15 Ogos 2024 depan. Filem cereka yang bertemakan kenegaraan serta perpaduan yang mengangkat semangat sukan bola sepak tanah air ini menjanjikan sebuah hiburan luar biasa buat peminat filem tempatan khususnya ‘kaki bola’. Read more →
Tag: Erra Fazira
(HIBURAN) Warna Cinta Impian: Paparan Konflik Dalam Perkahwinan
Apabila sesebuah perkahwinan diaturkan oleh keluarga tanpa ada sebarang perasaan cinta di hati, sudah tentu pelbagai konflik akan berlaku dalam kehidupan berumah tangga. Apatah lagi sekiranya masing-masing mempunyai sejarah silam tentang kisah cinta yang pernah diharungi sebelum ini. Read more →
(HIBURAN) ‘KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA’ 3 – 9 MAC 2014 PANGGUNG SARI, ISTANA BUDAYA, KUALA LUMPUR
Bagai turun dari kayangan, saat yang diimpikan oleh para pencinta seni, tiga insan permata seni tanahair akan menerangi pentas Panggung Sari, Istana Budaya, bersatu hati dalam merealisasikan sebuah pementasan teater muzikal.
Awie, antara penyanyi genre rock dan pop terbaik tanahair, nama beliau sudah sinonim dengan pementasan teater dan populariti di layar perak. Read more →
(HIBURAN) Teater “Bahayanya Wanita”
Teater Bahayanya Wanita bakal dipentaskan pada 20 hingga 31 Disember depan di Panggung Sari, Istana Budaya. Teater tersebut akan mendedahkan kehidupan berpoligami dan tidak bertujuan untuk merendahkan konsep keluarga tersebut. Menurut Umie Aida , masyarakat perlu memandang ia dari sudut positif yang sememangnya berlaku dalam kehidupan realiti. Teater bergenre komedi dipilih berikutan tren penonton yang lebih gemar kepada bahan jenaka dan santai berbanding drama berat. Teater yang diterbitkan oleh Frensis Sdn Bhd ini turut dibarisi Erra Fazira, Zizan Razak, Nora Danish dan Johan Ashari. Read more →
(HIBURAN) Pencalonan Akhir Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM25)
Setelah beberapa kali ditangguhkan, akhirnya Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM-25) bakal dilangsungkan pada 2 Mac ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Festival anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu bakal menyaksikan 59 filem cereka, 66 filem pendek dan 14 filem animasi bersaing untuk 23 kategori yang dipertandingkan. Majlis anugerah pada kali ini bakal dihoskan oleh dua Fahrin Ahmad dan Erra Fazira dan ini merupakan gandingan kali pertama sebagai pengacara majlis anugerah. Malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke 25 kali ini juga akan disiarkan secara langsung dengan format defisini tinggi (HD) melalui Mustika HD & standard melalui Astro Ria juga RTM2. Selain malam anugerah, Majlis Perasmian FFM 25 akan diadakan pada 27 Februari ini bertempat di pusat beli-belah e@Curve, Damansara. Dari senarai pencalonan, filem Bunohan dan Songlap nampaknya mendominasi kategori-kategori utama FFM25 dan ini adalah sesuatu yang menarik serta positif untuk filem-filem berkualiti seumpamanya. Filem Songlap berjaya menerima 15 pencalonan secara keseluruhan dalam FFM 25 dan menjadikan ianya filem terbanyak meraih pencalonan dalam sejarah penganjuran FFM selama 25 edisi. Kategori Filem Terbaik Festival Filem Malaysia yang sering di’nantikan saban tahun menyaksikan pencalonan Songlap, Ombak Rindu, S.A.M, 29 Februari dan juga Bunohan. Read more →