Tag: Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur

(SEMASA) JOM IFTAR Di Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur Sempena Ramadan 2026 NOSTALGIA RASA MALAYSIA “Hidangan Klasik Cita Rasa Malaysia”

Sempena Ramadan ini, Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur memperkenalkan Nostalgia Rasa Malaysia, sebuah bufet Ramadan yang disusun rapi bagi menampilkan keunikan dan kepelbagaian kulinari tradisional Malaysia.  Bertempat di Lesung, restoran santapan utama hotel ini, bufet tersebut menawarkan suasana yang selesa dan mesra bagi para tetamu menikmati pengalaman berbuka puasa yang memuaskan. Para tetamu bakal disajikan dengan pelbagai pilihan hidangan merangkumi pembuka selera, hidangan utama istimewa, serta pencuci mulut tradisional. Daripada kerabu yang segar dan hidangan ruji Melayu klasik sehinggalah kepada manisan kegemaran seperti kuih-muih, setiap hidangan disediakan dengan penuh teliti oleh pasukan kulinari Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur bagi memberikan rasa yang memikat, akrab, dan menyelerakan. Meraikan kegembiraan berbuka puasa bersama, menu tahun ini menampilkan hidangan kegemaran rakyat Malaysia yang dimasak dengan rasa autentik dan resipi tradisional. Read more →