Apabila membicarakan tentang filem yang paling diminati, sudah pasti genre seram sememangnya masih lagi menjadi pilihan penonton. Itu yang menjadi dorongan buat syarikat produksi dari Sarawak iaitu Faradale Media-M Sdn Bhd dengan menghasilkan Azimat, sebuah filem yang menggabungkan elemen seram dan psikologi. Penerbitnya, Kay Rezza Karim berkata, Azimat memiliki keunikan tersendiri yang jarang ada pada filem seram lain iaitu gabungan elemen mistik tempatan dan pergolakan emosi manusia menerusi satu naskhah yang mendalam dan mencengkam. Read more →
