Tag: FESTIVAL PERAYAAN  PERSAHABATAN MALAYSIA & JEPUN

(SEMASA) FESTIVAL PERAYAAN  PERSAHABATAN MALAYSIA & JEPUN MERAIKAN ULANGTAHUN KE-40 DASAR PANDANG KE TIMUR MEMANGKIN PELANCONGAN KEBUDAYAAN

KUALA LUMPUR, 10 September 2022 – Perayaan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur yang disambut oleh Malaysia dan Jepun, mencerminkan komitmen antara dua negara untuk menguatkan dan menyokong di antara satu sama lain secara berterusan. Dengan itu, Persatuan Seni Tarian & Pendidikan Antarabangsa (PSTPA) menganjurkan ‘Festival Perayaan Persahabatan Malaysia & Jepun’, demi mempromosikan pelancongan kebudayaan dan literasi silang budaya untuk kedua-dua negara. Turut hadir memeriahkan acara ini; YBhg Datuk Ramli Ibrahim, Ikon Budaya dan Pengasas Sutra Foundation, Encik Shimada Seiya, Pengarah Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL), Puan Audrey Kwan, Presiden of Persatuan Seni Tarian dan Pendidikan Antarabangsa (PSTPA), Assoc Prof Dr Nor Fariza Mohd Nor, Pengerusi Pusat Penyelidikan dalam Bahasa & Linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Encik. Adam Ham, Ahli Lembaga Pengarah FINAS, Encik. Ahmad Samri Mohamed Akhir, Perunding Diplomasi Bahasa & Budaya kepada Kementerian Luar Negeri, dan Encik Jack Lim, Presiden KL Society. Read more →