Tag: FFM33

(HIBURAN) Pelancaran Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM33)

Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM33) merupakan sebuah inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan dalam industri filem tanah air. FFM33 bukan sahaja berfungsi sebagai platform festival filem nasional yang berprestij, tetapi juga bertujuan mengukuhkan jaringan dan kerjasama strategik antara kerajaan dan pihak industri. Program-program yang dilaksanakan melalui FFM33 diharap dapat mengangkat profesionalisme penggiat industri filem tempatan dan menyumbang kepada usaha pembudayaan sinema dalam masyarakat melalui karya-karya berkualiti. Ini sekaligus mewujudkan sistem sokongan yang mantap untuk memperkasakan industri filem Malaysia. Read more →