Tag: FILEM MALAYSIA

(HIBURAN) FILEM MALAYSIA ‘THE EXPERTS’ TARIK TUMPUAN DUNIA, DITAYANGKAN DI FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA SHANGHAI 2024

14 Jun 2024, Kuala Lumpur – Filem aksi terbaru dari Malaysia terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures, The Experts melakar pencapaian membanggakan apabila dipilih untuk tayangan di Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) yang bermula hari ini sehingga 23 Jun. Diletakkan di bawah segmen ‘The Belt and Road Film Week’, filem itu bakal ditayangkan di beberapa lokasi termasuk di Shanghai, Nanjing, Suzhou, Hangzhou, Ningbo dan Hefei, China. Read more →

(HIBURAN) FILEM MALAYSIA ‘THINK BIG BIG’ DITAYANGKAN DI 10,900 PAWAGAM CHINA

Kuala Lumpur, 21 Mei 2019 – Filem tempatan, ‘Think Big Big’ (TBB) yang diarahkan oleh pengarah prolifik Chiu Keng Guan kini bersedia untuk mengegarkan 10,900 buah pawagam di China dengan 60,079 tayangan. TBB akan memulakan tayangannya di sana bermula 24 Mei ini. Syarikat filem terbesar dan berpengaruh di China, China Film Group Corporation bersama syarikat filem lain seperti Huaxia, Film Distribution, Pearl River Pictures dan Beijing National Shadow Film Publishing Co., Ltd. akan menjadi pengedar TBB di sana. Manakala, bahagian pemasaran akan digerakkan oleh syarikat media Beijing Aoweier Film&TV Culture Communication Co., LTD. Read more →