Tag: Gegar Vaganza

(HIBURAN) Astro Bawa Kembali Kegemilangan Penyanyi Evergreen dan Suara yang Dilupakan di ‘Gegar Vaganza 11’

Kuala Lumpur, 6 November 2024 – Selepas meraikan sedekad kejayaan rancangan tersebut secara fenomenal pada tahun lepas, rancangan realiti nyanyian nombor satu Astro, ‘Gegar Vaganza’ (GV) kini kembali dengan permulaan baharu dalam musim kesebelasnya. Menggandingkan artis-artis Malaysia, Indonesia dan Singapura yang pernah popular, musim ini kembali ke rumpunnya untuk terus menjadi platform yang menggamit semula zaman-zaman kegemilangan mereka dalam industri muzik, sekaligus mengubati rindu para peminat yang ingin melihat mereka bersinar semula di atas pentas dengan cabaran dan persaingan yang baharu. ‘GV11’ bakal  bermula pada 24 November ini, jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104). Read more →

(HIBURAN) ‘GV8’ MEDAN PENENTU 13 PESAING DARI TIGA NEGARA SERUMPUN

‘Gegar Vaganza’ atau ‘GV’ ialah satu-satunya program realiti berkonsepkan pertandingan nyanyian terbitan Astro Ria yang menyediakan platform komersial penjenamaan semula kerjaya seni khusus untuk barisan penghibur berpengalaman di Malaysia. Read more →

(HIBURAN) ‘Ayai Illusi’ Juara Gegar Vaganza Musim Pertama

 

1D4B5600

Ayai Illusi membuktikan ramalan peminat sebelum ini “benar benar belaka” apabila dinobatkan sebagai juara  Gegar Vaganza musim pertama.  Bekas penyanyi kumpulan Ilusi ini membawa pulang wang tunai RM100,000 sumbangan Astro dan Qu Puteh, single baru dan trofi. Konsert Akhir Gegar Vaganza 2014 ini telah diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Read more →